Cie pun guna la alasan tu untuk check in 1 malam lagi kat Kuantan. Hihi. Mula la misi pencarian hotel untuk check in 1 malam lagi so kami menginap di Rocana Hotel Kuantan. Lepas check in di Rocana Hotel, dah mandi dan solat baru la kami teruskan misi mencari uniform KRS.
Cie google dan jumpa la kedai yang berdekatan dengan Rocana Hotel tu. Sampai je situ kakak Raisha dah try uniform takde size pulak. Kainnya agak tebal dan harganya Cie sempat tengok dalam RM60+ untuk baju sahaja. Dah takde size tu cari la kedai lain pulak di google juga dan jumpa la kat Jalan Beserah.
KTN REX TRADING SDN BHD
Masuk je kedai Cie tengok macam-macam jenis uniform dan kelengkapan ada di kedai tu. Cie minta pada pekerja kedai nak uniform KRS sekolah menengah. Dia pun bagi uniform untuk kakak Raisha cuba. 3 size jugak cuba dan baru la jumpa yang sesuai dengan kakak Raisha.
Beli sepasang baju, seluar serta tudung. Pekerja kedai tu tanya nak aksesori sekali tak. Cie kata boleh la sekali aksesori senang lengkap terus uniform tu. Mudah kat situ aksesori diletakkan dalam 1 plastik dah. Kita tak payah pening fikir nak ambil yang mana. Terus ambil 1 peket tu.
Kat situ ada service jahit lencana jugak. Tapinya kena tinggal 2-3 hari katanya. Jadinya tak jahit la. Nanti hantar kat kedai di Lipis je untuk jahit. Cie boleh je jahit tangan tapi hantar kedai jela. Ada juga pin untuk lencana dan pada kolar baju. Yang kena jahit tu di bahagian lengan je.
HARGA UNIFORM KRS DAN AKSESORI
- Harga baju uniform KRS: RM45.90
- Seluar uniform KRS: RM49.90
- Tudung KRS: RM23.50
- Aksesori KRS: RM28.50
Total semua sekali RM147.80. Makan modal jugak. Kakak Raisha kata kat Lipis lagi mahal kawan dia beli uniform polis RM200-300 jugak sepasang. Terfikir jugak la kalau yang tak berkemampuan tu macam mana la kan. Kena menabung la agaknya nak beli uniform anak-anak.
RASMIKAN BAJU UNIFORM BARU
22 September hari tu kakak Raisha pakai dah uniform tu tanpa lencana kat lengan tu. Tak sempat nak hantar ke kedai. Tengok la bila-bila free nanti boleh la hantar ke kedai untuk jahit.
12 Ulasan
Bagusnya kedai ni, macam-macam uniform ada dijual. Lengkap semuanya.
BalasPadamsenang jual set lengkap. tak payah tercari cari kan cie
BalasPadamCukup segala kelengkapan. Orang sana senang ni, boleh beli dan minta servis jahit terus.
BalasPadamTeringat la dulu cari uniform Pandu Puteri untuk Dania. Kadang aksesorinya habis pula. Kena cari kedai lain.
BalasPadammemang gitu dah range regenya...yg penting lengkap semua keperluan sek anak2
BalasPadamBagus beli terus segala lencana tu...senang tak yah pergi kedai 2-3x dah
BalasPadamKhilfi masa sekolah rendah dia join KRS. Beli uniform tapi hmmm Covidlah pulak. So rasanya sepanjang dari darjah 4-6 cuma 3-4 kali je dia pakai baju tu.
BalasPadamAlip pulak Alhamdulillah tak terasa rugi beli complete set baju pengakap sebab di sekolah baru ni setiap bulan diminggu ke3 mereka kena pakai complete set
Lengkaaaap tokonya ya kak. Yg saya suka kalo belanja keperluan anak sekolah di toko khusus seragam begini, penjualnya juga dah hapal aksesorisnya sekalian. Jadi memang tak payah pikir lagi. Sebab jujur, saya pun tak hapal aksesoris seragam sekolah anak 🤣.
BalasPadamNaah masalah harga seragam, sempat juga saya pikirkan .. kasian orang2 yg tidak mampu. Sebab seragam itu tak murah.
Kemarin pas anak saya masuk tingkatan 7dia wajib belhbseragam baru. Tiap hari seragamnya beda, belum lagi seragam Pramuka, olahraga etc. Setelah beli, melayang jugalah Rp1.5 juta atau Rm400. Belum lagi sepatu , bag .
Kasian bagi yg tak mampu. Makanya saya paham jika ada orangtua murid yg kadang mengeluh jika banyak kegiatan di sekolah, sebab itu pun tak gratis 😞
baju dgn seluar uniform dikira harga berlainan ke? ingatkan sekali satu set.
BalasPadamcamtulah harga baju koko sekarang kan huhu. tapi bagusnya kedai ni dah lengkap dgn semua aksesori sekali
Akak masa belikan Wafi uniform kawad PPI baru tau ada jenama REX. Mungkin semua uniform persatuan dia ada keluarkan.
BalasPadamUntung lah murid sekarang. Mudah nak jumpa kedai uniform. Dulu tak banyak. Kat bandar-bandar besar je ada.
BalasPadamMujur juga jumpa. Boleh tahan juga harganya. Kann..terfikir macam tu jugak. Macamanalah mereka yang tak berkemampuan tu. Kalau ada bantuan sekolah atau boleh dibeli disekolah ke kan, buat ansuran ke membantu jugak tu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.