Menginap di Sri Manja Hotel Kuantan

Minggu ni giliran sambut menantu anak Pakcu dan Maksu, Mr Pilot Luqman dan Mrs Pilot Ain di Sri Manja Hotel Kuantan. Sebenarnya kami last minute bagitau nak datang. Hari Khamis hari tu Maksu tanya lagi untuk dia nak book bilik. Kami decide untuk datang jela walaupun takde baju tema.

Petang Jumaat jam 7 kami sampai di Sri Manja Hotel dan check in. Maksu dah siap-siap book dan bagi list nombor bilik untuk semua anak-anak saudara. So Faiz just ke reception bagitau nama. Masuk bilik dan terus bersiap untuk Family Dinner di Horizon Garden Restaurant.

Check in di Reception desk sri manja hotel kuantan

Cie dah kali kedua menginap di Sri Manja. Kali pertama dulu tahun 2015 masa tu attend program anjuran Shaklee. Tengok semula album kat Facebook. Masa anak-anak masih kecil. Kali ni datang tahun 2025 dah 10 tahun berlalu. Lupa dah pengalaman yang lepas sebab takde share kat blog.

Album facebook menginap di sri manja hotel tahun 2015

Oleh kerana last minute booking so semua bilik dah banyak takde. Yang ada cuma Superior Queen Room je. Dapat la katil queen. Mujur masa Maksu bagi list nombor bilik tu Cie terus search jenis bilik. Terus siap-siap bawak toto dari rumah. Malas la nak susahkan Maksu nak request extra bed pulak. Bawak jela toto untuk tidur semalaman je pun. Faiz la tidur atas toto.

Superior Queen bed di sri manja hotel kuantan

Masa dinner hari Jumaat tu Maksu cakap dah last bilik tu untuk kami. Hotel kat situ full sebabnya ada event Hari ATM kat Kuantan. Masa kami sampai tu tengok banyak kenderaan tentera dan bas tentera. Faiz borak dengan staf hotel katanya tentera tu semua sekali 200 lebih bilik untuk mereka. Memang full house la.

Tak sure harga berapa untuk 1 malam. Total semua sekali bilik Maksu book 12 bilik. Ada yang 2 malam, ada yang 1 malam. Banyak Pakcu dan Maksu sponsor semua sekali. 


Lokasi Sri Manja Hotel Kuantan

Sri Manja Hotel Kuantan terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses iaitu di Bandar Indera Mahkota Kuantan. Hotel ini sesuai untuk penginapan singkat sama ada untuk urusan keluarga, percutian mahupun menghadiri majlis di sekitar Kuantan. Dengan kedudukan berhampiran bandar, ia memudahkan tetamu bergerak ke destinasi sekitar.


Suasana & Reka Bentuk Hotel

Suasana hotel ini ringkas tetapi selesa. Reka bentuknya menampilkan konsep moden dengan sentuhan santai.

Penulis bergambar di kawasan hotel sri manja kuantan

Penulis bergambar di depan bilik sri manja hotel kuantan



Jenis Bilik & Kemudahan Disediakan

Bilik yang kami duduk dilengkapi dengan katil queen serta pemandangan jalan. Antara kemudahan asas yang tersedia ialah: 

  • Wi-Fi percuma tapi tak boleh pakai pun slow sangat.
  • Penyaman udara yang macam kat rumah tu jenis split unit.
  • Televisyen dengan pelbagai siaran.
  • Air botol percuma 2 botol.
  • Indocafe 3 in 1 2 sachets.
  • Kemudahan bilik iron disediakan dengan 3 iron dilengkapi sofa dan kipas.
  • Almari pakaian jenis open wardrobe berserta hanger.
Bathroom di sri manja hotel kuantan

Coffee and tea making facilities

Hair dryer sri manja hotel kuantan

Open wardrobe sri manja hotel kuantan

Televisyen sri manja hotel kuantan



Kemudahan Lain di Hotel

Selain bilik, hotel ini turut menyediakan kemudahan tambahan seperti kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, restoran dengan pilihan menu yang menarik, serta ruang parkir percuma untuk tetamu. Semua kemudahan ini menjadikan hotel lebih mesra keluarga.


Pengalaman Menginap 1 Malam

Masuk je ke bilik Cie tengok luas la jugak so muat la nak bentang toto. Tuala tak disediakan. Faiz call receptionist mintak towel baru la dihantar ke bilik. Borak dengan anak-anak saudara Faiz, mereka sebaris bilik kami jugak. Mereka pun takde towel jugak. Agaknya bilik jenis tu memang takde towel. Kalau nak kena call.

Ada ditampal senarai harga kalau nak minta extra apa-apa yang disenaraikan. Memang polisi mereka begitulah.

Senarai extra charge facilities di sri manja hotel kuantan

Kemudahan toiletries pun takde. Yang ada shower gel dan shampoo je diletakkan pada dinding. Berus gigi apa semua tak disediakan. Mini fridge pun takde. Plug banyak jugak so cukup la untuk kami charge handphone dan power bank.

Shower gel & shampoo sri manja hotel kuantan

Iron dan iron board takde dalam bilik. Cuma ada bilik iron di setiap level. Asalnya bilik penginapan juga tu tapi dijadikan bilik iron. Ada 3 iron dan 3 iron board. 2 iron tu wayar dan terkeluar. Takut nak guna. Cie guna yang elok sikit tu. Selesa nak iron tu ada kipas dan sofa.

Iron room di sri manja hotel

Iron room di sri manja hotel kuantan

Baju siap iron di iron room

Bilik tu sekali breakfast tapi kami tak turun pun untuk breakfast sebabnya nak cari makan luar je. Nanti Cie cerita kat entri yang lain kami bersarapan di mana.

Semoga murah rezeki Pakcu dan Maksu sponsor semua sekali tempat penginapan. Adik beradik Faiz sorang je takde abangnya yang di Putrajaya tu tak dapat hadir. Dapat berkumpul kejap pun dan meriah. Bila time ada kenduri camni la dapat berkumpul semua. 




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Alhamdulillah rezeki orang sponsor.
    Bagusnya, Cie terfikir pula bawa toto.

    BalasPadam
  2. semoga murah rezeki pakcu dan makcu sponsor hotel.
    pelik betul duduk hotel, tapi tak disediakan towel. kalau nak, kena bayar pulak..
    nasib baik bawa toto sendiri, kalau tak kena tambah pula utk extra bed

    BalasPadam
  3. Skrg byk hotel guna shower & shampoo lekat dkt dinding mcm tu kan..mgkn nk cut kos kot...But ok la...Sbb sy kdg2 bwk shower sndiri =D

    BalasPadam
  4. MZ pernah tidur sini satu mlm ie zmn2 zharfan study kat CFS gambang tu. overall ok jer sbb rate ok, cuma masa MZ dok tu, poolnya kotor/tak properly maintained

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.