Cie pun suruh la Faiz beli sebab sedap durian tu. Isi pun elok. Katanya kena order dulu. Cie suruh Faiz cari durian untuk buat tempoyak. Tak jumpa lagi.
Tadi Faiz balik kerja dia bawak seplastik durian. Dia mintak nak esok tapi kawan dia dah bawak hari ni dalam 7 biji tadi Faiz bawak balik. Dia dah belah 3 biji.
Ada sebiji tu sedap lemak, pahit-pahit sikit. Cie dan Faiz memang suka jenis durian pahit-pahit ni. Makan beberapa ulas je tadi dari setiap 3 biji yang Faiz dah belah tu. Duriannya elok sayang pulak nak buat tempoyak.
Cie nak buat tempoyak untuk makan dengan sambal. Stok tempoyak ada tu untuk masak gulai masam sikit tak sedap buat sambal. Untuk makan dengan sambal, tempoyak manis baru sedap.
Rezeki dapat durian kampung murah RM5 je sekilo. Taman Cie ni ada jugak nampak orang jual durian RM8 sekilo. Tak pasti durian jenis apa tak menanya pun lalu je. Memang musim durian dah sekarang ni.

1 Ulasan
Wah sedapnya durian. Tengah musim kan
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.