Cie pun suruh la Faiz beli sebab sedap durian tu. Isi pun elok. Katanya kena order dulu. Cie suruh Faiz cari durian untuk buat tempoyak. Tak jumpa lagi.
Tadi Faiz balik kerja dia bawak seplastik durian. Dia mintak nak esok tapi kawan dia dah bawak hari ni dalam 7 biji tadi Faiz bawak balik. Dia dah belah 3 biji.
Ada sebiji tu sedap lemak, pahit-pahit sikit. Cie dan Faiz memang suka jenis durian pahit-pahit ni. Makan beberapa ulas je tadi dari setiap 3 biji yang Faiz dah belah tu. Duriannya elok sayang pulak nak buat tempoyak.
Cie nak buat tempoyak untuk makan dengan sambal. Stok tempoyak ada tu untuk masak gulai masam sikit tak sedap buat sambal. Untuk makan dengan sambal, tempoyak manis baru sedap.
Rezeki dapat durian kampung murah RM5 je sekilo. Taman Cie ni ada jugak nampak orang jual durian RM8 sekilo. Tak pasti durian jenis apa tak menanya pun lalu je. Memang musim durian dah sekarang ni.

16 Ulasan
Wah sedapnya durian. Tengah musim kan
BalasPadamFuuuhhhh! Dia punya bau sampai sini!
BalasPadamKat tempat ammi ni nampaklah haritu dorang letak banner sebakul rm100. Tp taklah pulak ammi turun dr kereta nak check
BalasPadambkn pencinta durian tp kalo mkn durian ngan pulut ok janji isi kuning
BalasPadamalhamdulillah rezeki tu dpt mkn durian!
BalasPadamSini jual durian x timbang kilo, kat sini dia longgokkan 3 biji rm50, ada yg 5 biji rm100, ada jual sebiji rm30, mcm tu lah.. ikut gred dan spesis jugak.. hihihi
BalasPadamMurahnya durian kampung sekilo RM5. Dekat JB tak dapat harga tu tau, Cie. Aduh, kecur tau baca perkataan tempoyak tu, hihi.
BalasPadamMurah! Semalam dekat tmpt Akk ada org baru nak bawa turun durian dari lori, RM7 sekilo. Consider murah juga la
BalasPadamSedapnya durian, dapat isi tebal puas makan :)
BalasPadamUishhh murah sgt ni RM5/kilo...
BalasPadamoh tengah musim durian ke sekarang? tpi murah betul tu sekilo dapat rm5. cuma tak boleh expect dapat yg kualiti elokla kan
BalasPadamTelan ailio tengok durian kampung. Alhamdulillah rezeki dapat harga murah dan sedap. LZ masih belum merasa durian tahun ni walaupun ada juga gerai tepi jalan yang menjual.. Next time laa pi beli durian..
BalasPadamMurahnya sekilo rm5...Linda pun suka durian kampung
BalasPadamwah murah rm5 cie. sini tak dapat rege serendah tu lagi
BalasPadamsaya pun hantu durian, kalau 3 biji saya bleh abiskan sorang2 huhuhuuh. RM5 tu memang murah giler
BalasPadamMinggu lepas abah rania ada beli durian .. datang makan dekat rumah CCL ..mak CCL ada masakan pulut makan dengan durian ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.