Rezeki Musim Durian: Durian Kampung Sekilo RM5

Semalam Faiz bawak balik sebiji durian dia belah makan la kami 3 beranak. Cie, Faiz dan adik Rania. Kakak Raisha tak makan sangat durian. Tanya kat Faiz mana dia dapat durian kampung tu. Katanya kawan dia bagi. Beli durian kampung RM5 sekilo.

Cie pun suruh la Faiz beli sebab sedap durian tu. Isi pun elok. Katanya kena order dulu. Cie suruh Faiz cari durian untuk buat tempoyak. Tak jumpa lagi.

Tadi Faiz balik kerja dia bawak seplastik durian. Dia mintak nak esok tapi kawan dia dah bawak hari ni dalam 7 biji tadi Faiz bawak balik. Dia dah belah 3 biji. 

Durian kampung

Ada sebiji tu sedap lemak, pahit-pahit sikit. Cie dan Faiz memang suka jenis durian pahit-pahit ni. Makan beberapa ulas je tadi dari setiap 3 biji yang Faiz dah belah tu. Duriannya elok sayang pulak nak buat tempoyak.

Isi durian kampung

Durian kampung

Cie nak buat tempoyak untuk makan dengan sambal. Stok tempoyak ada tu untuk masak gulai masam sikit tak sedap buat sambal. Untuk makan dengan sambal, tempoyak manis baru sedap.

Rezeki dapat durian kampung murah RM5 je sekilo. Taman Cie ni ada jugak nampak orang jual durian RM8 sekilo. Tak pasti durian jenis apa tak menanya pun lalu je. Memang musim durian dah sekarang ni. 







Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Wah sedapnya durian. Tengah musim kan

    BalasPadam
  2. Fuuuhhhh! Dia punya bau sampai sini!

    BalasPadam
  3. Kat tempat ammi ni nampaklah haritu dorang letak banner sebakul rm100. Tp taklah pulak ammi turun dr kereta nak check

    BalasPadam
  4. bkn pencinta durian tp kalo mkn durian ngan pulut ok janji isi kuning

    BalasPadam
  5. alhamdulillah rezeki tu dpt mkn durian!

    BalasPadam
  6. Sini jual durian x timbang kilo, kat sini dia longgokkan 3 biji rm50, ada yg 5 biji rm100, ada jual sebiji rm30, mcm tu lah.. ikut gred dan spesis jugak.. hihihi

    BalasPadam
  7. Murahnya durian kampung sekilo RM5. Dekat JB tak dapat harga tu tau, Cie. Aduh, kecur tau baca perkataan tempoyak tu, hihi.

    BalasPadam
  8. Murah! Semalam dekat tmpt Akk ada org baru nak bawa turun durian dari lori, RM7 sekilo. Consider murah juga la

    BalasPadam
  9. Sedapnya durian, dapat isi tebal puas makan :)

    BalasPadam
  10. oh tengah musim durian ke sekarang? tpi murah betul tu sekilo dapat rm5. cuma tak boleh expect dapat yg kualiti elokla kan

    BalasPadam
  11. Telan ailio tengok durian kampung. Alhamdulillah rezeki dapat harga murah dan sedap. LZ masih belum merasa durian tahun ni walaupun ada juga gerai tepi jalan yang menjual.. Next time laa pi beli durian..

    BalasPadam
  12. Murahnya sekilo rm5...Linda pun suka durian kampung

    BalasPadam
  13. wah murah rm5 cie. sini tak dapat rege serendah tu lagi

    BalasPadam
  14. saya pun hantu durian, kalau 3 biji saya bleh abiskan sorang2 huhuhuuh. RM5 tu memang murah giler

    BalasPadam
  15. Minggu lepas abah rania ada beli durian .. datang makan dekat rumah CCL ..mak CCL ada masakan pulut makan dengan durian ..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.