Kisah Pencarian Baju Dinner 15 November 2025

15 November 2025 yang lepas Cie ada Annual Dinner jabatan Cie. Macam biasa la sebelum dinner memang busy mencari baju mengikut tema. Tema tahun ni mudah sikit Melayu Klasik. Cuma nak mencari baju tu tak mudah.


Cie beli dari Shopee je memandangkan lebih mudah dan banyak pilihan mengikut tema. Sekitar bulan 10 Cie dah start survey. Supaya senang kalau ada masalah ke apa sempat la settle sebelum hari dinner.

Kebarung Songket Baby Blue

Pada mulanya nak pakai baju bertemakan songket. Cie pun buat pencarian dan jumpa la kebarung songket. Siap sekali selendang. Cie pilih warna baby blue dari seller ni MH Trendy Fashion’s



Bila sampai je pada 22 Oktober Cie pun try la. Baju tu memang size Cie tapi sebab cutting tu lain sikit jadi betul-betul ngam kat bahagian perut. Tengok jahitan dalam banyak lagi lebih so Cie pun hantar alter kat kedai.

Dalam masa yang sama Cie klik order baju lain pulak. Kebetulan masa borak dengan staf Cie dia bagitau ada beberapa orang dah beli songket jugak. Tu yang Cie cari baju lain pulak.


Kebaya Sulam Bunga dan Kain Pario Instant

Tak jadi nak pakai songket tu, Cie tukar beli kebaya sulam baby blue pulak sampai pada 25 Oktober dari seller Bycikdara Kebaya Pario Batik. Yang ni Cie ambil la size L kononnya takut ketat ke apa kan.



Bila sampai je baju tu ok la cutting besar. Cuma kain pario tu je macam tak sesuai nak pakai jenis terbelah. Sekali lagi klik order kain batik corak sama dari seller yang sama cuma bukan pario la. Yang set sekali kebaya tu pario. Cie beli yang kain batik lipat tepi sampai pada 28 Oktober. 

Size betul dah tapinya tak boleh nak masuk. Ketat betul jadinya kena la hantar kedai jugak untuk alter besarkan sikit. Boleh tambah dari kain pario tu kalau tak cukup. Corak sama je.


Kebaya tu ok cuma takde span dan bahu jatuh sikit sebab Cie ambil size L. Biasanya Cie pakai S to M. Hantar kedai untuk tambah span dan masukkan sikit bahu.

Tak selesai jugak masalah baju ni. Jadinya Cie teruskan pencarian baju ke 3 dan ke 4. Mujur masa banyak lagi sebelum dinner. Sementara baju pertama dan kedua tu Cie hantar alter kat kedai awal bulan 11. Jadinya cari baju ke 3 dan ke 4 untuk buat standby in case baju tak sempat alter. 

Kebaya Azizah

Cie teruskan pencarian baju ke 3. Kebetulan ternampak baju kebaya dari seller Callaacloset Cie terus pilih size, warna pastel green dan sampai pada 7 November. Masa try tu terus Cie berkenan yang ni. 




Kebarung Sephia

Masa klik kebaya Azizah tu Cie klik jugak Kebarung Sephia dari seller Khaizan HQ warna nude dan sama sampai 7 November. Yang ni simpan jela untuk pakai kenduri atau pergi kerja. Tak pun buat tambah baju raya.





Pemilihan Baju Mengikut Tema Melayu Klasik

Setelah macam-macam drama baju dinner akhirnya Cie decide untuk pakai baju Kebaya Azizah yang nampak cantik dan anggun bila dikenakan dengan selendang. Kenapa la tak jumpa dari awal kan. 4 pasang ye baju dinner Cie beli dan akhirnya Cie pilih Kebaya Azizah.

Mujur la juga Cie standby beli baju lain sebabnya baju yang Cie hantar alter kat kedai tu tak sempat siap pun sebenarnya aunty kedai tu Cie rasa dia lupa nak buat.

Cie hantar tu awal bulan 11 dalam minggu pertama November tu. Cakap dah kat aunty tu Cie nak pakai 15 November. Aunty tu cakap nanti 10 November dia suruh whatsapp dia semula. Cie pun dah malas nak whatsapp masa tu sebab dah ada baju lain. 

21 November baru Cie whatsapp dia tanya baju dah siap ke belum. Jawapannya belum. Mujur sangat la masa tu Cie dah siap-siap beli baju lain. Kalau la Cie tunggu je baju alter tu memang takde baju dinner la Cie masa tu. 

6 Disember Cie tanya dia semula dia cakap dah siap tapi kedai tutup. 12 Disember la baru Cie ambil. Dah try baju tu ok cuma kain batik tu kemain besar aunty tu buat dah macam skirt bila pakai. Alahai malas betul nak hantar alter semula. Nanti pakai jela bulan 1 ni banyak jemputan kenduri kahwin.





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. nampaknya baju raya dah tak payah beli lg nanti ;-)

    BalasPadam
  2. Wah banyak baju akak beli. Senang raya dah tak payah beli. Pergi kerja pon bole pakai baju sama

    BalasPadam
  3. hahahah...tak memasal banyak pulak koleksi tambahan baju raya tahun depan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.