Beli Uniform KRS Anak di KTN Rex Trading Kuantan

Malam check in di Sri Manja Hotel Kuantan tu Kakak Raisha bagitau hari Isnin 22 September 2025 ada perhimpunan sekolah dan kena pakai uniform KRS. Kaka Raisha belum ada uniform tu. Maka nya memang terus cari kat Kuantan jela dah alang-alang kat Kuantan.

Cie pun guna la alasan tu untuk check in 1 malam lagi kat Kuantan. Hihi. Mula la misi pencarian hotel untuk check in 1 malam lagi so kami menginap di Rocana Hotel Kuantan. Lepas check in di Rocana Hotel, dah mandi dan solat baru la kami teruskan misi mencari uniform KRS.

Cie google dan jumpa la kedai yang berdekatan dengan Rocana Hotel tu. Sampai je situ kakak Raisha dah try uniform takde size pulak. Kainnya agak tebal dan harganya Cie sempat tengok dalam RM60+ untuk baju sahaja. Dah takde size tu cari la kedai lain pulak di google juga dan jumpa la kat Jalan Beserah.

KTN REX TRADING KEDAI UNIFORM KUANTAN



KTN REX TRADING SDN BHD

Masuk je kedai Cie tengok macam-macam jenis uniform dan kelengkapan ada di kedai tu. Cie minta pada pekerja kedai nak uniform KRS sekolah menengah. Dia pun bagi uniform untuk kakak Raisha cuba. 3 size jugak cuba dan baru la jumpa yang sesuai dengan kakak Raisha.

Aksesori uniform krs

Aksesori uniform di KTN REX TRADING

uniform di KTN REX TRADING

Aksesori uniform di KTN REX TRADING

Beli sepasang baju, seluar serta tudung. Pekerja kedai tu tanya nak aksesori sekali tak. Cie kata boleh la sekali aksesori senang lengkap terus uniform tu. Mudah kat situ aksesori diletakkan dalam 1 plastik dah. Kita tak payah pening fikir nak ambil yang mana. Terus ambil 1 peket tu.

Uniform krs yang dibeli

Kat situ ada service jahit lencana jugak. Tapinya kena tinggal 2-3 hari katanya. Jadinya tak jahit la. Nanti hantar kat kedai di Lipis je untuk jahit. Cie boleh je jahit tangan tapi hantar kedai jela. Ada juga pin untuk lencana dan pada kolar baju. Yang kena jahit tu di bahagian lengan je.


HARGA UNIFORM KRS DAN AKSESORI

  • Harga baju uniform KRS: RM45.90
  • Seluar uniform KRS: RM49.90
  • Tudung KRS: RM23.50
  • Aksesori KRS: RM28.50
Total semua sekali RM147.80. Makan modal jugak. Kakak Raisha kata kat Lipis lagi mahal kawan dia beli uniform polis RM200-300 jugak sepasang. Terfikir jugak la kalau yang tak berkemampuan tu macam mana la kan. Kena menabung la agaknya nak beli uniform anak-anak.

Resit Pembelian uniform krs



RASMIKAN BAJU UNIFORM BARU

22 September hari tu kakak Raisha pakai dah uniform tu tanpa lencana kat lengan tu. Tak sempat nak hantar ke kedai. Tengok la bila-bila free nanti boleh la hantar ke kedai untuk jahit.

Uniform krs

Uniform krs




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Bagusnya kedai ni, macam-macam uniform ada dijual. Lengkap semuanya.

    BalasPadam
  2. senang jual set lengkap. tak payah tercari cari kan cie

    BalasPadam
  3. Cukup segala kelengkapan. Orang sana senang ni, boleh beli dan minta servis jahit terus.

    BalasPadam
  4. Teringat la dulu cari uniform Pandu Puteri untuk Dania. Kadang aksesorinya habis pula. Kena cari kedai lain.

    BalasPadam
  5. memang gitu dah range regenya...yg penting lengkap semua keperluan sek anak2

    BalasPadam
  6. Bagus beli terus segala lencana tu...senang tak yah pergi kedai 2-3x dah

    BalasPadam
  7. Khilfi masa sekolah rendah dia join KRS. Beli uniform tapi hmmm Covidlah pulak. So rasanya sepanjang dari darjah 4-6 cuma 3-4 kali je dia pakai baju tu.

    Alip pulak Alhamdulillah tak terasa rugi beli complete set baju pengakap sebab di sekolah baru ni setiap bulan diminggu ke3 mereka kena pakai complete set

    BalasPadam
  8. Lengkaaaap tokonya ya kak. Yg saya suka kalo belanja keperluan anak sekolah di toko khusus seragam begini, penjualnya juga dah hapal aksesorisnya sekalian. Jadi memang tak payah pikir lagi. Sebab jujur, saya pun tak hapal aksesoris seragam sekolah anak 🤣.

    Naah masalah harga seragam, sempat juga saya pikirkan .. kasian orang2 yg tidak mampu. Sebab seragam itu tak murah.

    Kemarin pas anak saya masuk tingkatan 7dia wajib belhbseragam baru. Tiap hari seragamnya beda, belum lagi seragam Pramuka, olahraga etc. Setelah beli, melayang jugalah Rp1.5 juta atau Rm400. Belum lagi sepatu , bag .

    Kasian bagi yg tak mampu. Makanya saya paham jika ada orangtua murid yg kadang mengeluh jika banyak kegiatan di sekolah, sebab itu pun tak gratis 😞

    BalasPadam
  9. baju dgn seluar uniform dikira harga berlainan ke? ingatkan sekali satu set.
    camtulah harga baju koko sekarang kan huhu. tapi bagusnya kedai ni dah lengkap dgn semua aksesori sekali

    BalasPadam
  10. Akak masa belikan Wafi uniform kawad PPI baru tau ada jenama REX. Mungkin semua uniform persatuan dia ada keluarkan.

    BalasPadam
  11. Untung lah murid sekarang. Mudah nak jumpa kedai uniform. Dulu tak banyak. Kat bandar-bandar besar je ada.

    BalasPadam
  12. Mujur juga jumpa. Boleh tahan juga harganya. Kann..terfikir macam tu jugak. Macamanalah mereka yang tak berkemampuan tu. Kalau ada bantuan sekolah atau boleh dibeli disekolah ke kan, buat ansuran ke membantu jugak tu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.