Menu Lunch Di Kampung

Hari ni Cie balik kampung. Kakak Cie yang duduk di Manjung tu ada balik semalam sampai. Kebetulan adik Rania takde kelas minggu ni so boleh la balik kampung dekat je. 

Lepas beli barang dapur tadi, balik rumah kejap settle barang dapur lepas tu terus gerak balik kampung. 30 minit je dari rumah Cie ke kampung. 

Singgah rumah kakak nombor 2. Terus masak-masak menu lunch kat situ. Bila ramai-ramai buat sikit sorang dapat la banyak menu. Menu kampung je yang simple.

Menu lunch di kampung

  • Ayam goreng kicap
  • Telur itik masak lemak
  • Ikan goreng
  • Sambal goreng jering
  • Kincuk pucuk paku (gaul dengan tempoyak dan cili padi)
  • Pucuk ubi celur
  • Bendi celur
  • Daun serai kayu
  • Ulam petai
  • Sambal belimbing hitam
  • Budu
Ikan goreng

Meriah menu kampung je kami hari ni. Makan ramai-ramai memang berselera. Tapi Cie memang jenis tak menambah nasi. Nasi sikit je. Menu lauk pauk penuh pinggan.

Menu lunch di kampung

Kami 4 family je. Kakak nombor 1, kakak nombor 2, kakak nombor 7 dan Cie nombor 8. Bila berkumpul ni banyak jela gosip-gosip yang keluar. Biasa la kan lama tak berjumpa depan-depan. Sekali sekala berkumpul banyak cerita yang nak diborakkan.

Melepak rumah kakak nombor 2 sampai pukul 4 lebih baru ke rumah kakak nombor 1 pulak iaitu rumah ayah. Bila mak ayah dah takde, kakak nombor 1 la jadi tuan rumah pulak menyambut adik-adik balik.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ooo maaaakkkk! Banyaknya lauk-pauk Cie.
    Best kan kalau dapat berjumpa family. Bergossip tu yang syok hihihiiii!

    BalasPadam
  2. Hari ni pun 4 beradik akak berkumpul kat rumah akak..tp akak xde..akak balik JB

    BalasPadam
  3. Akk pun kalau balik kampung tuju rumah kakak juga. Menumpang kasih la huhu...
    Menu lunch kami pun ada masak lemak telur itik gak :D

    BalasPadam
  4. Masyaa Allah....tumpang kenyang tengok menu kampung gini...Ulam serai kayu tu kat tempat kerja saya banyak Cie tapi selama ni depa situ taktau tu pokok serai kayu .Bahagia saya hari-hari petik .Sekarang tengah berbuah..buahnya pun saya kutip makan sampai sembelit-sembelit🤣

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.