Masuk dapur terus bancuh cekodok. Blend bawang besar dan ikan bilis dalam chopper. Bancuh dengan air suam. Tak terlalu panas la air tu. Bahan perasa dan serbuk kunyit.
Goreng la sampai kekuningan. Angkat dan toskan. Cie suka cicah cekodok dengan sos tomato, lada hitam tumbuk dan mayonis. Cie sorang je makan sos tomato. Yang lain suka sos thai.
Siap sarapan bersiap-siap terus keluar beli barang dapur. Dapat berita gembira pagi ni anak saudara Cie, anak Kak Ngah yang kedua selamat melahirkan baby boy. Kiranya cucu Kak Ngah dan Cie pun dapat cucu sekali. Cucu boy yang pertama la kiranya ni. Cucu-cucu lain seramai 7 orang semuanya girl. Alhamdulillah.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.