Sarapan Pagi Cekodok Bilis Bawang

Mulanya semalam nak sarapan di luar je sekali nak pergi beli barang dapur. Bangun pagi tiba rasa nak masak cekodok jela. Menu paling senang kalau dah taktau nak makan apa. 

Masuk dapur terus bancuh cekodok. Blend bawang besar dan ikan bilis dalam chopper. Bancuh dengan air suam. Tak terlalu panas la air tu. Bahan perasa dan serbuk kunyit. 

Goreng la sampai kekuningan. Angkat dan toskan. Cie suka cicah cekodok dengan sos tomato, lada hitam tumbuk dan mayonis. Cie sorang je makan sos tomato. Yang lain suka sos thai. 


Siap sarapan bersiap-siap terus keluar beli barang dapur. Dapat berita gembira pagi ni anak saudara Cie, anak Kak Ngah yang kedua selamat melahirkan baby boy. Kiranya cucu Kak Ngah dan Cie pun dapat cucu sekali. Cucu boy yang pertama la kiranya ni. Cucu-cucu lain seramai 7 orang semuanya girl. Alhamdulillah. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Cekodok bilus bawang memang sarapan lejen.

    BalasPadam
  2. Akak panggil ni, cucur. Kalau cokodok tu, cokodok pisang. Masing-masing punya istilah, tak kisah la tu. Sedap sarapan cucur bilis bawang ni. Tahniah atas kelahiran cucu saudara. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Breakfast kami pun cengkodox ikan bilis pagi tadi. Sy suka mkn mcm tu je, tak suka sos kecuali sambal kicap, tp mls nak buat.. But I love mayonese.

    BalasPadam
  4. Nanti Cuba buat sos pencicah yg kayak kakak buat. Biasanya kalau makan bakwan nih, saya sambil gigit cabe rawit hijau. Tak pakai saus. Tp sesekali nak ubah selera 😄

    BalasPadam
  5. Ini makanan pembuka selera. Boleh cuba resepi pencicah yang Cie kongsikan ni nanti

    BalasPadam
  6. sedapnya cekodok! congrats cie dpt cucu sedara

    BalasPadam
  7. Tahniah dah bertukar pangkat jadi nenek!

    BalasPadam
  8. Sarapan sepanjang zaman... memang tak tolak lah kalau dapat cekodok ni.

    BalasPadam
  9. Tahniah! Alhamdulillah, akhirnya merasa dapat cucu boy pertama selepas 7 cucu girl.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..tahniah..saya suka cicah dengan sos cili

    BalasPadam
  11. Sejak jaga pemakanan ni lama x buat cekodok ikan bilis...eh..x leh jadi ni..kena buat nanti ni..hahaha..x kan ahri2 nak makan roti ngan telur setengah masak je kan

    BalasPadam
  12. Curious pulak nak rasa sos tomato +blackpepper +mayonaise tu. Alhamdulillah.. Tahniah Cie dan keluarga dapat cucu boy pertama. Bertambah ahli keluarga.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.