Lepas Zohor ajak anak-anak keluar ada barang nak beli kat Ninso dan terus singgah Zus Coffee sebelah Ninso tu tapi takde pulak barang yang nak dicari. Terus jela masuk Zus dan buat order kat apps.
Kebetulan Cie dapat complimentary drink kat apps Zus kena redeem sebelum 5 Januari 2026, sebelum terlupa Cie redeem jela terus sebab kononnya nak grab terus ChubbyBara Plushie Pop Socket rupanya takde. Dah habis agaknya. Takde rezeki.
Masa pilih air tadi ternampak pulak ada diskaun 40% untuk cake and pastries. Maka nya terus la klik Burnt Cheese Cake. Air pulak kami order:
- Creamy Mango untuk adik Rania
- Iced Finally Pistachio Chocolate untuk kakak Raisha
- Spanish Latté Frappé untuk Cie
Tiba rasa nak minum frappe pulak walau hakikatnya cuaca mendung dan hujan je hari ni. Cuaca bulan 12 ni kejap panas, kejap hujan. Tak menentu.
Faiz whatsapp dia cakap beli keropok lekor. Cie pulak nak beli takoyaki je sambil lalu dari Zus nak balik rumah. Takoyaki kat situ sedap. Memang tak pernah beli tempat lain. Cukup la untuk minum petang kami.
Ada minuman Zus, ada Burnt Cheese Cake, ada keropok lekor bersama sos, ada popia otak-otak bersama sos hijau, ada takoyaki sedap. Meriah ye minum petang sebab dinner nanti nak buat steamboat je request by anak-anak. So dinner nanti pun takde nasi la.





2 Ulasan
Sedapnya takoyaki.. favourite Cuya tu. Kalau singgah pekan selalu beli
BalasPadammeriah mcm2 menu tu...takoyaki fav ank..lama tk bli
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.