Menu Berbuka 11 Ramadan 1447H

Hari cuti ni dapat la masak lebih awal dan ada juga kuoh untuk berbuka. Masak pun menu simple je cepat la suap. Malas nak berlama di dapur pinggang sakit semula ni.

Kisahnya tengahari tadi duk mencuci bilik air. Mencangkung, menunduk, berdiri macam-macam gaya la nak mencuci lantai, celah-celah bawang dinding tu. Sekali papppp sakit semula pinggang tapi di sebelah kiri je ni. Kena makan buat tahan sakit la nampaknya kang sebelum tidur.

Dah tua-tua ni gitu la kan. Tara nak masuk 50an nanti bertongkat la agaknya bak kata bff Cie baru ni duk berwhatsapp dengan dia bertanya khabar.


Menu berbuka 11 Ramadan ni Cie masak ayam masak lemak jela. Kebetulan tadi duk tengok Chef Wan masak lemak daging salai. Kita pun tiru la buat ayam. Letak kentang dan daun kesum.


Cie goreng jugak ikan rebus. Ada seekor lagi so habiskan terus. Goreng dengan cili padi dan bawang besar. Lepas tu goreng juga 1 ekor ikan masin buat tambah-tambah.

Sayur pulak Cie goreng taugeh tumis sos tiram je. Sayur taugeh ni Cie dan Faiz je makan. Anak-anak memang tak makan. Taugeh Cie memang takde kucai. Takde yang jual sikit jadi malas la nak beli.

Hari ni meriah sikit fruit platter. Tadi pergi Mini Ria jumpa tembikai yang dah potong dalam 1.6kg sepotong tu terus la Cie ambil. Dragon fruit dan anggur tu beli semalam. Penuh warna warni buah kita hari ni.

Bulan puasa ni banyak nutrisi kita berkurangan jadinya kena la topup dengan buah jugak untuk dapatkan vitamin. Dulu banyak makan suplemen, sekarang dah kurang kena la ambil buah-buahan.

Semalam kan Cie buat crab rangoon guna kulit wantan. Banyak lebihan inti. Mungkin sebab kulit wantan Cie beli tu sikit brand lain. Masa buat 2024 dulu tu ngam je inti dengan kulit wantan brand lain. 

Daripada membazir kita buat guna roti pulak. Gelekkan roti bagi leper, sudukan inti, letak air sekeliling dan kapit roti tu tekan dengan garfu kat bahagian tepi.

Bancuh tepung bestari macam kita nak buat bater pisang goreng tu. Lepas tu celup jela roti tu dan goreng sampai masak. Ada orang buat guna kulit popia. So boleh jela pelbagaikan.

Siap la menu berbuka hari ni. Dah siap sambung berbaring la luruskan pinggang. Sapu aromaterapi ni best je berangin.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. bulan puasa pun kami kerap makan tembikai. ayah beli banyakk

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.