Menu Sahur 12 Ramadan 1447H

Hampir 2 minggu dah kita berpuasa. Nak masuk minggu ketiga dah pun beberapa hari saja lagi. Cepat sangat kan masa berlalu. Nanti sedar tak sedar dah raya.

Tapi tu la mengenangkan pergolakkan Timur Tengah tu seram jugak kitanya pun. Semoga yang baik-baik dan kita semua dilindungi. Terutamanya rakyat Malaysia yang ada di sana. Tengok video pun kita dah risau apetah lagi kalau berada di sana. 

Pagi ni macam biasa la menu sahur minum-minum je. Anak-anak makan roti jugak yang Mighty White slice perisa pandan tu. Kegemaran anak-anak la tu. 


Cie pulak minum Cinch Shake Salted Caramel flavour baru jugak tu. Sedap dari Coklat dan Cafe Latte. Puasa ke cuti puasa ke Cie memang bersahur sama je macam puasa. Rutin sama je supaya berat turun.

Dulu zaman sekolah kalau tak boleh puasa balik je sekolah menyorok makan dalam bilik. Segan nak makan kat meja makan. Masa dah dewasa duk menyewa memang makan juga waktu tak puasa.

Bulan puasa la paling mudah nak turunkan berat. BMI dah overweight ni. Nak kembalikan ke normal semula. Dapat 2-3 kilo pun dah ok nanti sambung turunkan semula selepas dah habis puasa. 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. salam 12 ramadan utk cie sekeluarga

    BalasPadam
  2. Dah nak masuk pertengahan puasa .. cepat je masa berlalu

    BalasPadam
  3. Betul tu sekejap aje dah 12 ramadan hari ni...cepat betul masa berlalu....

    BalasPadam
  4. sekejap je dah nak separuh bulan.. betul risau tengok Timur Tengah bergolak sekarang...tapi punca dari AS dengan Israhell lah

    BalasPadam
  5. Sekejap je dah separuh ramadan kan..

    BalasPadam
  6. Saya belum lagi timbang nih 🤭. Tak tahulah turun atau tak. Memang cepaaaat sangat waktu berlalu . January kemarin terasa lamaaaa. Tp dah ramadhan, langsung macam cepat 🥲

    BalasPadam
  7. Kalau tak puasa, balik rumah terus senyap-senyap masuk bilik. Makan pun rasa macam buat salah padahal tak pun. Cuma segan je, takut orang nampak atau takut kena usik.

    BalasPadam
  8. Cuya pon harap dapat turun berat badan. Berat badan dh tk normal hehe

    BalasPadam
  9. Harap puasa ni banyak la turun ya

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.