Banyak jugak Cie beli masa tu bertahun tak habis-habis. Dah banyak bagi orang jugak tapi tak habis-habis. Baru ni ada lagi dalam 20pcs tapi sebab kat belakang sampul tu dah ada cop details bisnes Cie jadinya Cie buang jela.
Banyak jugak dapat free sebelum ni. Masa beli baju raya Gene Martino dulu memang banyak dapat free. Ada lagi tu tak ingat design tahun bila. Habiskan la tahun ni nanti bagi kat anak-anak buah.
Sampul Shaklee pun Cie ada beli yang memang beli di website Shaklee. Sebagai branding la zaman buat bisnes dulu. Sekarang dah tak bisnes beli di Shopee jela. Cie beli dari seller BuyStationery.my.
Tu yang awal-awal puasa survey kat Shopee. Add to cart je dulu sambil baca review. 26 Februari baru ni Cie check out terus. 27 dah sampai cepat betul sampainya tu. Banyak pulak tu Cie beli. Takpe kalau tak habis kita carry forward ke tahun depan pulak.
Tengok ada promo beli beberapa set dapat free gelang. 1 set tu pun murah je tu yang macam main klik je. Ada terklik 2 design sekali. RM33.72 untuk 200pcs memang murah la kan. Ke mahal? Rasanya murah dah ni.
Bahagian depan
Bahagian belakang
Bahagian belakang ada pantun
Bahagian depan
2 set design yang sama
1 set ada 50pcs. Cie beli 4 set (3 design). Cie ambil yang ni takde tulis selamat hari raya pun. Kat belakang je ada tulis jom raya. Jadi boleh la pakai sampul ni untuk kegunaan lain isi duit dalam tu.
Last year kan Cie repeat je guna sampul anak-anak punya tu nak bagi budak-budak datang beraya ataupun bagi duit masa kenduri ke, ziarah orang sakit ke, ziarah orang meninggal ke. Jadi takdela buang sampul tu. Mana yang koyak atau ada tulis nama je Cie buang.
Selesai sampul duit raya. Awal prepare nanti tak kalut. Tinggal nak masuk duit je.



0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.