Sampul Raya Beli Di Shopee

Bertahun Cie tak beli sampul duit raya. Last beli tak ingat tahun bila masa masih aktif berbisnes Shaklee dulu. Group Master Shaklee Cie tempah design untuk sampul raya group kami rasanya waktu sebelum PKP around tahun 2020-2021 kot tak ingat.

Banyak jugak Cie beli masa tu bertahun tak habis-habis. Dah banyak bagi orang jugak tapi tak habis-habis. Baru ni ada lagi dalam 20pcs tapi sebab kat belakang sampul tu dah ada cop details bisnes Cie jadinya Cie buang jela. 

Banyak jugak dapat free sebelum ni. Masa beli baju raya Gene Martino dulu memang banyak dapat free. Ada lagi tu tak ingat design tahun bila. Habiskan la tahun ni nanti bagi kat anak-anak buah. 

Sampul Shaklee pun Cie ada beli yang memang beli di website Shaklee. Sebagai branding la zaman buat bisnes dulu. Sekarang dah tak bisnes beli di Shopee jela. Cie beli dari seller BuyStationery.my.

Tu yang awal-awal puasa survey kat Shopee. Add to cart je dulu sambil baca review.  26 Februari baru ni Cie check out terus. 27 dah sampai cepat betul sampainya tu. Banyak pulak tu Cie beli. Takpe kalau tak habis kita carry forward ke tahun depan pulak. 


Tengok ada promo beli beberapa set dapat free gelang. 1 set tu pun murah je tu yang macam main klik je. Ada terklik 2 design sekali. RM33.72 untuk 200pcs memang murah la kan. Ke mahal? Rasanya murah dah ni. 

Bahagian depan

Bahagian belakang

Bahagian belakang ada pantun

Bahagian depan

2 set design yang sama


1 set ada 50pcs. Cie beli 4 set (3 design). Cie ambil yang ni takde tulis selamat hari raya pun. Kat belakang je ada tulis jom raya. Jadi boleh la pakai sampul ni untuk kegunaan lain isi duit dalam tu.

Last year kan Cie repeat je guna sampul anak-anak punya tu nak bagi budak-budak datang beraya ataupun bagi duit masa kenduri ke, ziarah orang sakit ke, ziarah orang meninggal ke. Jadi takdela buang sampul tu. Mana yang koyak atau ada tulis nama je Cie buang.

Selesai sampul duit raya. Awal prepare nanti tak kalut. Tinggal nak masuk duit je.


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Saya jarang beli sampul raya sbb selalunya dpt free. Lagi pun raya di Aussie, tak de budaya “ang pow”. Jadi pengunaannya pun hanya sekadar kalau blk Msia hujung2 raya & terjumpa ank2 buah. Itu pun kdg klu pegi umah kakak abg, sy plak yg dpt duit raya. Haha. Tapi “sampul raya” mmg diperlukan klu ada undangan wedding. Stok mmg kena ada.

    BalasPadam
  2. Sampul duit raya saya konsep lestari. Recycle mana yang ada, yang free pun stok masih banyak. Kita guna sampai habisss. Isi tu yang penting. Hihihi

    BalasPadam
  3. Kad raya dalam shopee ada macam-macam pulak design baru. Akak simpan je selain guna time raya boleh juga lepas raya. Salam kaut gitu. hehehehe

    BalasPadam
  4. Cantik design sampul raya Cie beli. Saya tak pernah beli, sebab tiap² tahun dapat yang office suami bagi.

    BalasPadam
  5. Wahhh..Banyaknya..mesti ramai yg akan dpt duit raya nnt =)

    BalasPadam
  6. Sampul raya ni banyak lagi sebenarnya jadi tak beli la. Cie pilih cantik2 la pulak. Saya pakai apa yang ada je.

    BalasPadam
  7. Yaaaa... design sekarang banyak dan cantik2.... tak tau mana nak beli.
    (Uncle pau aunty punya je....)

    BalasPadam
  8. MZ pun tak de dpt byk sampul tahun ni..nak kena godek2 tgk simpanan last year punya la nampak gayanya

    BalasPadam
  9. Sama la..yeay.. cantiks semuanya kan. Kualiti pun not bad 👍

    BalasPadam
  10. Puas hati banyak sampul raya dah ready ya

    BalasPadam
  11. walaupun ada sampul saiz kecil tp kita tetap akan pilih sampul yg biasa diguna kan? rs mcm syg je nak lipat duit esp kalau dpt duit baru hehehe

    BalasPadam
  12. tahun nie macam ramai beli sampul raya yang ni je.. hihihi

    BalasPadam
  13. Gambar no. 2 tu, sampul yg cuya bagi kat saya tahun lepas. Ada banyakk lagi kat rumah ni

    BalasPadam
  14. Baca pos Cie yang ni dok terfikir bila agaknya last KSarie beli sampul raya ye. Macam udah 5,6 tahun juga tak beli sampul sebab dapat free dari supermarket, ofis bagi, dsb.

    BalasPadam
  15. Uwaaaaah cantik2 motif dan designnya kak 😍😍😍😍. Seriuuuus, ini kalau pun tak beli buat raya, utk koleksi pun baguuuus. Saya juga dah lamaaa tak beli amplop raya, Krn skr nih dah sistem transfer langsung ke E-wallet anak2 dan keponakan. Jadi memang tak pakai cash dah 😅

    BalasPadam
  16. Cantik semua corak sampul raya . CCL pun masih dalam misi pencarian sampul raya ..baru add dalam troli tak check-out lagi

    BalasPadam
  17. Sampul ni Cuya pernah beli sebagai hadiah giveaway Cuya. Cantik sangat

    BalasPadam
  18. Cuya suka beli sampul yg unik

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.