Menu Berbuka 12 Ramadan 1447H

Selepas cuti hujung minggu hari ni kembali bekerja dan kembali kepada rutin hantar dan ambil anak sekolah. Sekejap sangat hari ni masa berlalu. Tiba-tiba la dah petang. Macam biasa balik 4.30 petang. Kereta pun banyak ada yang ke bazar, ada yang baru balik kerja.

Balik kerja takde singgah memana terus balik rumah. Masuk kitchen sengseng lengan terus masak menu berbuka hari ni. Setakat 12 Ramadan ni memang masak la menu berbuka. Cie tak suka sangat menu beli.


Kuih muih kalau weekend ada la buat. Kalau weekdays Faiz beli je. Dia je yang suka makan kuih muih. Cie tak makan sangat. Hari ni dia beli roti john. Kalau RJ ni makan la juga sikit. 

Tapi tu la nak kena control ni macam susah je nak turunkan berat padahal takdela makan banyak. Tahun sebelum ni sebulan 3-4kg tu senang je. Kali ni slow progress entah mana silapnya.


Cie masak ikan bawal goreng garing. Lumur tepung jagung dan garam je lepas tu goreng sampai garing. Buat pencicah jugak. Bawang holland, cili padi, tomato ceri potong la sikit suka dan campur kicap. Perah limau kasturi sikit.

Ikan tu dah kering, so masak telur sambal la ada sambal. Function betul pan Masaki tu. Cie masak sambal telur dalam tu dah terus hidang sekali pan tu. Macam pinggan je. Mudah kerja.

Weekend hari tu beli pucuk paku. Cie masak pucuk paku goreng taucu. Anak-anak makan la kalau pucuk paku. Sikit je pucuk paku tu Cie tambah juga timun dan salad. Bagi banyak sikit sayuran.

Buah hari ni sama je dengan semalam. Tembikai, buah naga dan anggur. Memang kena ada fruit platter ni. Sebagai tambahan zat dalam hidangan makanan. 

Tu jela menu hidangan berbuka hari ni 12 Ramadan. Siap terhidang boleh la meluruskan badan sekejap sambil menulis entri ni. 


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. menu iftar kita lebih kurang sbb MZ pun masak ikan (siakap lah tapinya), ayam goreng bersambak dan sayurnya MZ goreng kangkung ;)

    BalasPadam
  2. simple tapi complete meal. sambal telur menarik minat 😋😋

    BalasPadam
  3. smlm kt umh menu ikan bawal goreng juga

    BalasPadam
  4. Menarik persembahannya..Kalau juadah iftar...auto nampak sedap dan menarik

    BalasPadam
  5. Kuih muih ni saiznya kecik, tapi kalori tu banyak haha. Betul, takleh makan selalu

    BalasPadam
  6. Wahhh pucuk paku...menariknya....lengkap semua gizi makanan seimbang menu berbuka ni

    BalasPadam
  7. Mesti ada buah..alhamdulillah ..

    BalasPadam
  8. Semoga puasa kita semua diterima Allah

    BalasPadam
  9. Sedaaapnyaaa 😍😍😍. Masih rajin kakak memasak ... Ntah kenapa puasa nih saya dah makin buntu ide mau buat apa. Padahal dah buat jadwal menu, cuma faktanya malas nak buat 😅😅. Ujung2nya jadi beli

    BalasPadam
  10. Terliur tengok pucuk paku .
    Aneka buahan pun nampak menarik laa

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah menu akk semua menyelerakan. Kalau Cuya wajib ada menu pedas2

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.