Menu Sahur 13 Ramadan 1447H

Kejap je dah masuk 13 Ramadan. Masih mengekalkan menu sahur yang sama je. Tak jemu ke? Tak jemu pun dah 13 tahun rasanya bersahur style simple macam ni sejak kenal produk Shaklee.

Anak-anak pulak sejak belajar puasa Cie dah ajar sahur makanan berat tapi anak-anak taknak makan. Makan semulut 2 lepas tu taknak dah. Masa tu Cie masak menu favourite anak-anak masa kecik sotong kicap. Masak nasi goreng sedap-sedap. Taknak juga.

Lepas tu Cie bagi jela minum ESP. Mereka taknak jugak katanya tak sedap tapi minum jugak la dah takde menu lain nak sahur. Kita pun pening fikir nak bagi sahur apa. Sampai la tahun lepas kakak Raisha cakap sahur Vico jela. Beli la Vico 3 in 1 tu senang curah je dalam mug lepas tu kacau. Kena letak ais pun baru sedap.


Performance Drink Orange tu minum la sebab sedap rasa oren. Yang ni bagus untuk kurangkan rasa dahaga. Tahun ni tak sempat grab Lemon Lime. Cie campur Cinch Tea dalam PD Orange Cie tu. Sedap sangat-sangat. Nak elak mengantuk masa kat office. Cinch Tea ni pun bantu proses pembakaran lemak jugak. 

Begitulah menu sahur kami takde meriah nasi bagai macam menu berbuka. Tak kesah menu apa pun asalkan kita bersahur kan. 


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. same here...kat rumah MZ ni ulang2 jer menu sahur yg sama..salam 13 ramadan utk cie

    BalasPadam
  2. kat umah sini kalau sahur, makan nasi goreng je. nasi putih payah sikit nk telan huhu

    BalasPadam
  3. Sahur simple tapi berkhasiat👍

    BalasPadam
  4. Kalau kami, mmg nk kena mkn berat, dia jd mcm bekfes la utk diorang.. tp maknya ni minum air pun dh cukup dh, janji bgn sahur

    BalasPadam
  5. dulu ya sy sahur mkn nasi berlauk. laa ni air kosong seteguk dua pun dah memadai

    BalasPadam
  6. anak2 pun tak makan ye? tahan perut diorang...anak2 linda kalau buat kan macam light breakfast tu, diorang suka...tapi, kita kena gigih la sikit

    BalasPadam
  7. Hebatla kak, 13 tahun tak jemu minum air utk sahur!

    BalasPadam
  8. Sedapnya kalau dapat Sotong kicap kan..Dania jarang makan berat time sahur..minum air, kurma 7 biji..mama, uncle ngan atuk je la makan...

    BalasPadam
  9. Molek menu sahur simple tapi tahan perut semuanya sampai berbuka

    BalasPadam
  10. Sayapun LBH suka begini. Tak payah masak. Lagipun kalau sahur nih biasa tak ada selera makan berat. JD yg simple saja cukup

    BalasPadam
  11. Cinch Tea ni orang selalu kata bantu proses pembakaran lemak sebab kandungan macam teh hijau atau bahan herba yang boleh naikkan sedikit kadar metabolisme

    BalasPadam
  12. Sahur dengan kurma dan air pun orang kata dah cukup. Sekarang ni dah takde selera dah bersahur. Makan je la, lapik perut.

    BalasPadam
  13. Cuya sejak beli kopi drpd tiktok, mmg hari2 minum kopi. Sedapp

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.