Menu Berbuka 13 Ramadan 1447H

Ketandusan idea dah taktau nak masak apa. Sepanjang Ramadan ni memang hari-hari masak. Malas ke rajin ke kena masak jugak. Tak suka sangat berbuka di luar. Lebih selesa berbuka di rumah. Ada je masa berbuka di luar sekali 2 gitu la Ramadan sebelum ni.


Menu 13 Ramadan ni masak jela apa yang terlintas di fikiran. Menu protein, karbohidrat, sayur, buah semua ada. Lengkap la menu berbuka kita.


Ayam goreng berlado Cie letak daun kesum. Bagi wangi bau daun kesum tu. Letak jugak daun ketumbar. Memang meriah dengan dedaun ayam goreng berlado Cie masak. Nanti dedaun tu Cie yang kutip makan. Anak-anak tak suka.

Tauhu telur hari tu beli 1 pack ada 3. Minggu lepas dah masak 1, tadi masak 1, ada baki lagi 1. Rasanya expired April. Cie masak tumis gitu je dengan bawang putih dan bawang besar blend. Letak suhun, kentang, carrot, bunga kobis. Tauhu telur tu salut tepung jagung gorengkan dulu. Dah siap masak baru letak tauhu telur tu. Tabur jela daun ketumbar.

Weekend hari tu singgah pasar so beli la seikat daun selom. Buat kerabu letak ikan bilis tumbuk, bawang besar hiris, tomato ceri potong kecil, serai hiris, lada hitam tumbuk. Gaulkan je. Tak perlu garam dah. Dulu pernah buat letak telur masin. Kalau ada bunga kantan hiris pun boleh juga letak. 


Setiap kali buat guna bahan yang berbeza. Hentam jela asalkan sedap kita yang makan.

Fruit platter meriah sikit hari ni ada tembikai, dragon fruit, anggur dan limau. Tembikai dan dragon fruit tu last dah habis. Cie memang suka makan buah senang nak membuang.

Siap masak menu berbuka boleh la berehat dengan tenang. Baring luruskan pinggang. Tak berapa ok lagi pinggang Cie masih sakit sikit. Malas betul nak jumpa doktor.



Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Puasa dah masuk hari ke 13 dah pula kan..alhamdulillah tinggal 17 atau 16 hari lagi agaknya kan..

    BalasPadam
  2. Ayam goreng belado sedapnya

    BalasPadam
  3. Lengkap hidangan berbuka Cie sekeluarga. Sedap juga buat kerabu. Menarik selera betul tengok potongan buah berwarna-warni. 😋

    BalasPadam
  4. sedap tgk menu ayam tu...buah naga lama tk mkn

    BalasPadam
  5. semua sedap tu! smlm iftar MZ tak masak...just masak nasi dan mr hubby beli lauk2 kat bazar ramadan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...masak 1 lauk, 1 sayur pun dah puas hati..buka puasa memang tak makan banyak sangat..Linda pun tak suka sangat buka dekat luar sebenarnya, leceh nak berebut solat maghrib..hihihi

    BalasPadam
  7. Sedapnya semua. Yg penting semua elemen karbo, protein, fiber ada!

    BalasPadam
  8. Apa la masalahnya pinggang cie tu ye...kesian plak..akak plak x habis 2 masalah pedih uluhati ngan sakit belikat...penat la menahan sakit belikat...nampak meriah juga menu walau ketandusan idea

    BalasPadam
  9. Menu tofu itu saya juga sukaaaa. Biasa dimasak ala Chinese style. Mudah. Tofu digoreng dulu, laku dimakan begitu saja pun sedap 😄

    BalasPadam
  10. Wah menariknua menu ..lagi² kerabu daun selom campur telur masin

    BalasPadam
  11. Menarik tu kerabu daun selom.

    BalasPadam
  12. Cuya pon hari2 memasak. Malas ke rajin ke tetap masak jugk

    BalasPadam
  13. Tapi kalau sesekali dapat pergi bazar memg seronok sngt. Takyah pikir masak
    Tapi bazar skrg mahal betul

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.