Menu 13 Ramadan ni masak jela apa yang terlintas di fikiran. Menu protein, karbohidrat, sayur, buah semua ada. Lengkap la menu berbuka kita.
Ayam goreng berlado Cie letak daun kesum. Bagi wangi bau daun kesum tu. Letak jugak daun ketumbar. Memang meriah dengan dedaun ayam goreng berlado Cie masak. Nanti dedaun tu Cie yang kutip makan. Anak-anak tak suka.
Tauhu telur hari tu beli 1 pack ada 3. Minggu lepas dah masak 1, tadi masak 1, ada baki lagi 1. Rasanya expired April. Cie masak tumis gitu je dengan bawang putih dan bawang besar blend. Letak suhun, kentang, carrot, bunga kobis. Tauhu telur tu salut tepung jagung gorengkan dulu. Dah siap masak baru letak tauhu telur tu. Tabur jela daun ketumbar.
Weekend hari tu singgah pasar so beli la seikat daun selom. Buat kerabu letak ikan bilis tumbuk, bawang besar hiris, tomato ceri potong kecil, serai hiris, lada hitam tumbuk. Gaulkan je. Tak perlu garam dah. Dulu pernah buat letak telur masin. Kalau ada bunga kantan hiris pun boleh juga letak.
Setiap kali buat guna bahan yang berbeza. Hentam jela asalkan sedap kita yang makan.
Fruit platter meriah sikit hari ni ada tembikai, dragon fruit, anggur dan limau. Tembikai dan dragon fruit tu last dah habis. Cie memang suka makan buah senang nak membuang.
Siap masak menu berbuka boleh la berehat dengan tenang. Baring luruskan pinggang. Tak berapa ok lagi pinggang Cie masih sakit sikit. Malas betul nak jumpa doktor.



15 Ulasan
sedapnyaa
BalasPadamPuasa dah masuk hari ke 13 dah pula kan..alhamdulillah tinggal 17 atau 16 hari lagi agaknya kan..
BalasPadamAyam goreng belado sedapnya
BalasPadamLengkap hidangan berbuka Cie sekeluarga. Sedap juga buat kerabu. Menarik selera betul tengok potongan buah berwarna-warni. 😋
BalasPadamsedap tgk menu ayam tu...buah naga lama tk mkn
BalasPadamsemua sedap tu! smlm iftar MZ tak masak...just masak nasi dan mr hubby beli lauk2 kat bazar ramadan
BalasPadamAlhamdulillah...masak 1 lauk, 1 sayur pun dah puas hati..buka puasa memang tak makan banyak sangat..Linda pun tak suka sangat buka dekat luar sebenarnya, leceh nak berebut solat maghrib..hihihi
BalasPadamTrliur tgk ayam berlado tu =)
BalasPadamSedapnya semua. Yg penting semua elemen karbo, protein, fiber ada!
BalasPadamApa la masalahnya pinggang cie tu ye...kesian plak..akak plak x habis 2 masalah pedih uluhati ngan sakit belikat...penat la menahan sakit belikat...nampak meriah juga menu walau ketandusan idea
BalasPadamMenu tofu itu saya juga sukaaaa. Biasa dimasak ala Chinese style. Mudah. Tofu digoreng dulu, laku dimakan begitu saja pun sedap 😄
BalasPadamWah menariknua menu ..lagi² kerabu daun selom campur telur masin
BalasPadamMenarik tu kerabu daun selom.
BalasPadamCuya pon hari2 memasak. Malas ke rajin ke tetap masak jugk
BalasPadamTapi kalau sesekali dapat pergi bazar memg seronok sngt. Takyah pikir masak
BalasPadamTapi bazar skrg mahal betul
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.