Menu Berbuka 16 Ramadan 1447H

Stok lauk pauk dah habis dalam fridge. Bila takde menu plan macam tu la ngam je lauk yang ada. Tinggal isi ayan je sikit cukup la nak buat rencah. Telur ada la lagi setengah papan.

Cie pun cakap kat Faiz lauk dah takde. Plan nak masak nasi goreng dan telur mata je. Faiz tanya ke nak berbuka luar je. Cie cakap malas la nak masak nasi goreng je.

Entahla jadi malas nak berbuka kat luar. Lebih selesa berbuka di rumah je. Penyakit juga ni. Rela masak je kat rumah walaupun menu simple je.


Menu 16 Ramadan Cie masak nasi goreng tomyam. Ada isi ayam sikit boleh la buat rencah. Sambal penyet pun ada sikit lagi dalam fridge tu asyik lupa nak makan, buat rencah jela. Letak jugak pes tomyam sikit. Sayur pun takde. Carrot ada Cie chop je masuk sekali. 


Telur mata kicap buat 2 biji. Tumis jugak sikit bawang putih dan bawang besar blend. Letak kicap, siap terus curah je atas telur mata tu.

Buat telur bungkus 2 biji telur jugak. Buat inti guna ayam kisar Ramly. Tumis sikit bawang putih dan bawang besar blend, masukkan carrot chop dengan bawang holland chop. Curah sikit sos cili. Kacau-kacau sampai masak dah siap. Cie guna marjerin ganti minyak. 

Guna pan nak buat telur untuk bungkus tu rupanya tak menjadi. Kena pakai kuali jugak baru elok terbungkus. Pakai pan ni jadi pecah masa nak bungkus. Saja try guna pan Masaki tu. Jadi la telur bungkus berderai. Hahah.

Cie jenis tak boleh takde sayur. Kena ada jugak sayur untuk makan dengan nasi goreng tu. Salad, timun dan tomato ceri.

Keropok goreng pun ada lagi yang Cie goreng Rabu hari tu menu nasi goreng jugak. Kalau menu bergoreng memang kena ada keropok goreng baru ngam.


Buah pun dah habis stok tinggal limau je. Habiskan terus je. Nanti weekend kena stock up buah dan lauk pauk. Minggu akhir-akhir ni blur dah taktau nak masak apa.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Selamat berbuka puasa..dah berbuka..
    Nanti bagi alamat ya, dapat hadiah dari blog saya, tahniah ya

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.