Di Malaysia tanggal 17 Ramadan iaitu Hari Nuzul Al-Quran adalah Hari Kelepasan Am. Jatuh pada 7 Mac bersamaan hari Sabtu. Yang kerja office hour kerajaan tak dapat la gantian sebab hari ni memang cuti. Kalau Ahad je baru dapat gantian Isnin.
Sahur hari ni berdua saja dengan adik Rania. Kakak Raisha cuti dia taknak sahur nanti boleh makan. Hari sekolah jela dia akan sahur kelas sampai 2pm. Ibunya dah selesai minggu lepas tapi tetap la bersahur sebab ada target nak turunkan berat ni. Setakat ni dah turun 1.8kg je. Haahah.
Minggu pertama hingga kedua tu memang sikit je turun. Masuk awal bulan Mac ni dah laju sikit setiap hari turun. Harapnya dapat la turunkan banyak lagi ni. Ada tambahan yang Cie amalkan. Kalau start dari awal mesti dah banyak turun. Takpela slow slow.
Cie minum Cinch Shake Caramel Latte dan Performance Drink Orange. Tak campur Cinch Tea. Hari cuti skip CT. Kalau hari kerja kena minum CT boleh bantu elak rasa mengantuk kat office. Adik Rania sahur Vico ais dan PD Orange jugak. Tu jela menu sahur budak ni dari dia mula belajar puasa.
Lepas Subuh kang nak mengadap blog kejap lepas tu nak check in kitchen nak start buat kuih raya. Pagi ni Faiz kerja ada program jadinya tak keluar beli barang dapur la kang. Lauk pauk habis dah tu petang jela keluar kot.


1 Ulasan
Aelamat menjalani ibadah puasa
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.