Cie suka dengar hotfm kalau pagi sampai pukul 3. Sebelah petang pukul 3 Cie tuka suria pulak. Dulu suka dengar suria tapi sejak DJ bertukar-tukar je Cie dah tak suka.
Pagi ni sahur sama jela setiap hari. Anak-anak air vico dan Performance Drink. Cie pulak Cinch Shake Salted Caramel dan Performance Drink campur dengan Cinch Tea.
Cinch Tea tu boleh elakkan mengantuk kalau minum. Bagus juga untuk proses pembakaran lemak. Banyak la manfaat lain jugak.
Walaupun sahur sama je nak jugak post kat blog supaya tak kesunyian blog ni. Tambahan pulak PV semakin meningkat setiap hari tu yang semangat nak update blog. Dapat la sehari 2 post menu sahur dan menu berbuka. Kalau rajin selit-selit la post lain. Ada je tu dalam draft malas nak mengarang.
Cie sahur kurma butter jugak. Cuma tu la kurma ajwa dan safawi ni manis betul. Cie pulak hari tu terambil salted butter jadi macam pelik pulak manis masin. Tapi sebab dah beli kan makan jela.
Ada jugak terbaca katanya kurma sekarang macam disirami gula je. Manis sangat. Kalau yang manis-manis ni Cie tak suka sangat jadi ngilu gigi. Lebih suka yang tak manis. Kalau orang ada kencing manis better elakkan boleh triggered bacaan gula ni.


17 Ulasan
Itu yang saya makan kurma sebiji je, waktu berbuka. Sekarang makan kurma madu yusuf taiyoob. Respek dengan Cie, sebab konsisten update blog setiap hari. 👍
BalasPadamAkak pun sebiji buka sebiji sahur. tul tu kadang dapat yang manis aduhaiiii
BalasPadamSalam 15 ramadan utk cie sefamily. kami sahur menu sama shj ulang2. MZ mkn nasi goreng ajer, sbb buat utk 2 org ie zharfan n me...ariff dan razeen tak mkn nasi utk sahur
BalasPadamBestnya dpt bersahur simple mcm ni =)
BalasPadamAkk baru 3-4 hari ni makan kurma. Itu pun ajwa kiriman Kak Mulan. Serik tahun lepas sakit gigi, tak berani sangat nak makan kurma @ benda manis² dah skrg ni
BalasPadamKurma manis tu disalut gula ya....suka kurma yang biasa atau yg ori jugak.
BalasPadamms kurma butter tu viral teringin jg laa sy nk try tp smpi ke sudah tak try pun hahahah
BalasPadamhaah tu lah kurma skrg ni ghisauuu nak mkn sbb rmai yg kata disiram gula.. risau pd mak lah sbb tahun ni mak start insulin..
BalasPadamTak sangka dah pertengahan bulan ramadan... Salam 15 ramadan
BalasPadamKena cari kurma yang keras sikit kot.. mebi ada yang kurang manis. Kat rumah akk pun ada ajwa juga.
BalasPadamSalute Cie istiqamah update blog setia hari. Kadang-kadang memang ada kurma yang extra manis rasanya
BalasPadamSimplenya sahur akk
BalasPadamCuya pagi2 dah makan berat hehe
Simple sahur Cie sepanjang Ramadhan ni...salute sebab dah biasa dan boleh bertahan
BalasPadamiya betul, kurma manis tu sungguh laaa~ makan sebiji ja.
BalasPadamada bawa balik kurma ajwa hari tu, tapi dah habis. sebab bahagi dua dgn asben.
daktiga dapat kurma dari sekola, rasa mcm kurma dah lama. taktaula ke tekak ku KO. hahaaa~
Bisa dibilang kurma yg ada di rumah saya Krn pemberian orang, tak pernah beli kurma Krn memang tak suka . JD kadang kurma di rumah pun jadi terbuang, sebab tak ada yg sentuh. Salah satu yg buat saya tak suka juga Krn manisnya itu
BalasPadamcepat je masa berlalu kan..
BalasPadamMemang best bila dengar lagu raya .. siap boleh nyanyi-nyanyi perlahan sambil drive ke kerja atau buat kerja rumah
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.