Menu Berbuka 15 Ramadan 1447H

Setakat 15 Ramadan ni memang tak miss post blog seriap hari at least 2 post. Menu sahur dan menu berbuka. Kalau ada entri lain nak diceritakan akan lebih 2 post la. Hanya di bulan Ramadan je entri ada minimum 2 post. 

Takdela rajin sangat tapi sebab ada masa dan memang suka ambil gambar makanan jadinya post jela. Dulu-dulu rajin post di Facebook siap buat album menu. Kat Instagram pun post juga tapi sejak dah malas nak post di situ so post di sini jela.

Untuk rujukan di masa akan datang juga. Walaupun blog ni takdela ada throwback macam Facebook tu tapi kita still boleh search posting kita. Begitulah sekarang ni aktif di blog jela.

Bahan mentah dalam fridge pun dah semakin berkurang dah ni bila dah hampir hujung minggu. Habiskan jela apa yang patut. Tahun ni malas nak plan menu awal. Nak masak baru fikir.


Menu berbuka 15 Ramadan Cie masak ayam goreng paprik, telur rebus air asam, kentang goreng kicap dan ikan bilis, kobis panjang goreng, buah limau, buah epal merah dan buah anggur.


Mulanya macam nak masak tumis tempoyak je ayam tu tapi sebab tengok bahan paprik pun ada so tukar la kepada ayam goreng paprik. Cie letak sikit paste tomyam. Ada kobis bunga dan carrot. Bau macam kat kedai siam (sendiri perasan).

Telur rebus tu tiba-tiba muncul idea nak buat air asam. Teringin pulak nak makan telur tebus air asam. Dah selalu sangat buat telur dadar. Kena ada 2 protein dalam menu sepanjang puasa ni.

Ambil protein lebih bantu kita rasa kenyang lebih lama dan protein juga membantu proses penurunan berat kalau kita nak turunkan berat badan.

Kentang goreng kicap tu kegemaran anak-anak. Potong kecil-kecil, gaul garam kunyit dan gorengkan. Lepas tu baru tumis kicap. Cie buat juga ikan bilis goreng garing tabur atas tu. 

Sayur pulak nak habiskan kobis panjang so buat la kobis panjang goreng. Sabtu ni baru nak stock up barang dapur. Cie beli bahan mentah seminggu sekali.

Buah pun dah tinggal limau dan anggur je. Epal merah tu adik Rania dapat kat sekolah dia. Untuk pelajar RMT katanya ada lebih cikgu bagi dia. Rasanya seminggu lebih dalam fridge tu terlupa nak potong. Nasib elok lagi.

Siap masak, hidang, mandi, boleh la berehat dengan tenang sambil tulis entri ni dan blogwalking. Begitulah rutin sepanjang Ramadan ni. Takdela nak brisk walk ke apa. Baring lagi best. Dasar pemalas. Hahahah.


Catat Ulasan

0 Ulasan