Takdela rajin sangat tapi sebab ada masa dan memang suka ambil gambar makanan jadinya post jela. Dulu-dulu rajin post di Facebook siap buat album menu. Kat Instagram pun post juga tapi sejak dah malas nak post di situ so post di sini jela.
Untuk rujukan di masa akan datang juga. Walaupun blog ni takdela ada throwback macam Facebook tu tapi kita still boleh search posting kita. Begitulah sekarang ni aktif di blog jela.
Bahan mentah dalam fridge pun dah semakin berkurang dah ni bila dah hampir hujung minggu. Habiskan jela apa yang patut. Tahun ni malas nak plan menu awal. Nak masak baru fikir.
Menu berbuka 15 Ramadan Cie masak ayam goreng paprik, telur rebus air asam, kentang goreng kicap dan ikan bilis, kobis panjang goreng, buah limau, buah epal merah dan buah anggur.
Mulanya macam nak masak tumis tempoyak je ayam tu tapi sebab tengok bahan paprik pun ada so tukar la kepada ayam goreng paprik. Cie letak sikit paste tomyam. Ada kobis bunga dan carrot. Bau macam kat kedai siam (sendiri perasan).
Telur rebus tu tiba-tiba muncul idea nak buat air asam. Teringin pulak nak makan telur tebus air asam. Dah selalu sangat buat telur dadar. Kena ada 2 protein dalam menu sepanjang puasa ni.
Ambil protein lebih bantu kita rasa kenyang lebih lama dan protein juga membantu proses penurunan berat kalau kita nak turunkan berat badan.
Kentang goreng kicap tu kegemaran anak-anak. Potong kecil-kecil, gaul garam kunyit dan gorengkan. Lepas tu baru tumis kicap. Cie buat juga ikan bilis goreng garing tabur atas tu.
Sayur pulak nak habiskan kobis panjang so buat la kobis panjang goreng. Sabtu ni baru nak stock up barang dapur. Cie beli bahan mentah seminggu sekali.
Buah pun dah tinggal limau dan anggur je. Epal merah tu adik Rania dapat kat sekolah dia. Untuk pelajar RMT katanya ada lebih cikgu bagi dia. Rasanya seminggu lebih dalam fridge tu terlupa nak potong. Nasib elok lagi.
Siap masak, hidang, mandi, boleh la berehat dengan tenang sambil tulis entri ni dan blogwalking. Begitulah rutin sepanjang Ramadan ni. Takdela nak brisk walk ke apa. Baring lagi best. Dasar pemalas. Hahahah.



14 Ulasan
Sebab buka sorang..Linda pun malas nak ambil gambar..padahal bawa lauk siap masak masa balik weekend hari tu..simpan dalam peti sejuk pejabat, nk balik tu..bawa sekali, panaskan je.
BalasPadamIkan bilis tuh Cie beli di mana dan macam mana rupanya ye? KSarie selalu terbeli ikan bilis yang bila digoreng tak garing dan agak liat kejadiannya
BalasPadamCie order kat staf beli di tiktok. Rasanya takde ambil gambar pulak nak share. Yang ni Cie dah siang. Nanti bebila Cie snap gambar yang dah siang tu ye.
PadamCuya pon bulan puasa terbaring.lol
BalasPadamMenu Cuya asik berulang menu sama je tkde idea nk buat menu lain. Hehe. Bulan puasa pon tk rajin nk BW
dah masuk hari ke 15 ya berpuasa..apa pengalaman berpuasa setakat ni hehehe
BalasPadampastilah selalu rasa lapar dahagakan..itulah kemanisan berpuasa kita rasai deritanya rasa itu pada orang yang tak ada makanan...
BalasPadamalhamdulillah, penuh meja berbuka cie. weols maksima dua jenis lauk satu desert. jika kurang rajin, mmg satu je la lauknya. hiii~
BalasPadamAkak perasan tahun ni puasa lain macam letihnya...simple je dan perasan x dah lepas 15 ramadhan dah mula xde idea nak masak apa
BalasPadammenu paprik jrg masak kt umah
BalasPadamMZ masak paprik seafood masa 14 ramadan
BalasPadamTing..!!
BalasPadamTelur rebus tu memang memberi idea la Cei😍
Saya nak cari resep ayam paprik lah. Ini dulu menu favorit saya saat di kampus, kalau beli lunch di kantin 😄. Sedap buatan ibu kantin . Cari di JKT memang tak akan ada menu ini.. makanya tiap ke Penang, kadang saya cari menu paprik, mengingatkan masa2 kuliah .
BalasPadamkalau makan bnyk protein tanpa makan nasi pun badan rasa bertenaga. karbo ni kadang2 cepat buat lesu
BalasPadamBulan puasa ni CCL belum buat lagi telur rebus air asam ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.