Menu Sahur 23 Ramadan 1447H

Lebih kurang seminggu saja lagi Ramadan akan berlalu meninggalkan kita. Sekejap sangat sebulan berpuasa. Masa pun pantas berlalu. Dah separuh bulan Mac. Nanti tau-tau masuk April dah.

Pagi ni sahur menu sama jela. Tapi nak jugak masuk dalam blog. Taknak bagi lompong post. Hihi. Semoga tak jemu la korang yang baca blog Cie. Kalau jemu skip jela ye. 


Jumaat dah hari ni. Kalau minggu depan raya Jumaat, hari ni adalah Jumaat terakhir Ramadan. Kalau raya Sabtu, minggu depan la Jumaat terakhir Ramadan. Ramai duk bertekak kat Facebook tu pasal raya bila. Apa-apa pun tunggu pengumuman raya Khamis minggu depan.

Yang pasti Cie tak cuti awal. Hari last puasa masih bekerja. Saja tak ambil cuti panjang. Raya pun tak cuti panjang. Sampai Rabu je. Khamis dah kerja. Takde nak balik kampung jauh. Kampung dekat je 30 minit.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Alhamdulillah dah masuk ke Hari 23 Ramadhan.. dah hujung hujung ni sahur pun ala kadar cukup kan syarat sahaja hihihi.. Raya kali ni saya apply cuti panjang sebab nak balik ke utara .. ☺️

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah kita masih berpeluang berpuasa sampai ke harini. Moga amalan ibadah kita diterima Allah

    BalasPadam
  3. Ciknur pun raya kl je so xda ambik cuti panjang
    Raya seadanyaaaa…

    BalasPadam
  4. Sha pula tak amik cuti langsung.. Bagi laluan pada rakan sekerja yang nak balik ke Kelantan bercuti panjang..

    BalasPadam
  5. tu lah tak terasa tggal seminggu je lagi nak raya.. Ana pun x ambil cuti pnjg ckuplah cuti smpai raya ke 3-4, selebihnya beri peluang pd rakan2 lain hehe

    BalasPadam
  6. harap raya sabtu, sebabnya dah book homestay huhu

    BalasPadam
  7. Rasa macam sekejap sahaja ramadan ni . Dah 23 ramadan .. sama laa ..CCL pun tak cuti panjang raya tahun ni

    BalasPadam
  8. MZ ikut cuti mr hubby ie start cuti khamis...MZ boleh jer amik cuti awal sbb keje gomen kan, tp no point lah if amik cuti tapi tak dpt balik kg jugak

    BalasPadam
  9. Company akak shutdown dari 19-24hb tapi kami still bergilir datang sebab audit.

    BalasPadam
  10. Sekejap je rasanya Ramadan sudah hampir ke penghujung. Ramai juga di pejabat KSarie ni tidak yang tidak bercuti panjang

    BalasPadam
  11. Di sini kemungkinan besar raya 20 kak. Ntahlah sama atau tidak dengan sana kan. Yg pasti kalau Indonesia ada 2 organisasi Islam besar, Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama. Naah biasanya pemerintah itu ikut Nahdlatul ulama. Muhammadiyah selalu beda penentuannya. Dia lebih ikut Saudi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.