Terus cargas buka blog untuk mencoret menu dinner malam ni. Cie guna handphone je update blog so sambil baring pun boleh mengarang. Cie ada laptop tapi takde wifi. Kalau ada pun tak gigih la nak bula laptop. Mesti kena duduk. Pakai handphone ni sambil baring je hah luruskan pinggang setelah kepenatan hari ni.
Oleh kerana takde lauk utama dah nak dimasak jadinya buat menu nasi goreng jela mudah. Buat rencah yang simple ada bawang putih, bawang besar, cili padi, ikan bilis. Campak je dalam chopper senang kerja i tak payah nak menumbuk pakai lesung.
Dalam nasi goreng tu ada telur kuning je. Kisahnya anak-anak tak makan telur kuning. Kalau buat telur mata nanti mereka korek putih saja, kuning si ibu la kena makan. Lama-lama nanti naik kolesterol i. So sebagai ibu yang kreatif (claim sendiri), kita asingkan putih dan kuning. Yang kuning campak dalam nasi goreng, yang putih saja goreng lepas tu curah kicap je. Hah jadi la telur goreng takde mata.
Ayam tu pulak beli ayam Ramly yang instant je. Campak dalam air fryer. Beli sepeket dapat 2 kali makan. Hari tu dah goreng 1/2 peket. Ni ada lagi 1/2 peket habiskan terus ke. Sambil excercise kejap tadi tau-tau siap dah masak dalam air fryer tu. Mudah kerja untuk orang yang busy.
Sayu kobis bulat ada secoet lagi pun kira goreng jela letak sekali carrot pun ada secoet. Habiskan terus sebab nanti weekend nak beli barang dapur lagi.
Tak lengkap nasi goreng kalau takde cili potong dan keropok goreng. Memang kena ada 2 ni baru la menambah selera nak makan nasi goreng.
Buah pulak tadi petang dah makan sikit selepas excercise. Cie memang ada menu buah untuk lengkapkan hidangan harian cuma tak digalakkan makan buah waktu malam sebab buah ada kandungan gula semulajadi (fruktosa).
Malam kan kita kurang aktif. So bila kurang aktif, gula yang berlebihan tadi mudah disimpan sebagai lemak. Kalau setakat sepotong kecil tu takpela. Kalau sepinggan hah memang menyimpan lemak la kita. Kata nak kurus kan so benda-benda tak nampak macam tu kena jaga.
Seeloknya ambil buah waktu tengahari je. Tengahari kita aktif macam-macam pergerakan jadinya kandungan gula tadi boleh ditukar kepada tenaga. Begitulah serba sedikit mengenai buah. Bukan tak boleh makan cuma kena sesuaikan waktu untuk makan buah.




1 Ulasan
Start esok akak nak masak dari breakfast sampai dinner..kesian Dania penatdia masak...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.