Setiap tahun, 1 Mei datang bukan sekadar cuti umum tetapi sebagai satu peringatan tentang nilai sebenar sebuah usaha.
Tahun 2026 membawa tema “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, satu tema yang cukup besar maknanya. Ia bukan hanya tentang kerja semata-mata, tetapi tentang peranan setiap individu dalam membentuk masyarakat yang lebih baik, berintegriti, berilmu dan saling menghormati.
Realitinya, kita semua datang dari latar belakang kerja yang berbeza. Ada yang di pejabat, di dapur, di hospital, di jalan raya, di ladang, malah ada juga yang bekerja dari rumah atau secara digital. Tapi satu perkara yang sama tentang kita semua adalah menyumbang kepada perjalanan negara.
Dalam dunia yang semakin mencabar, dengan perubahan teknologi dan gaya hidup yang pantas, pekerja hari ini bukan sekadar “buat kerja”. Kita belajar, kita adapt, kita kuatkan diri. Dari situ lahirnya pekerja yang bukan sahaja produktif, tetapi juga berdaya tahan.
Hari Pekerja ini juga adalah masa terbaik untuk kita ingatkan diri sendiri. Kerja itu penting, tapi diri sendiri pun jangan dilupakan. Jaga kesihatan, jaga emosi dan cari keseimbangan. Sebab pekerja yang hebat datang dari diri yang terjaga.
Usaha kita mungkin tak selalu nampak, tapi impaknya besar. Tanpa kita, banyak perkara takkan bergerak seperti hari ini.
Semoga kita terus kuat melangkah, terus ikhlas bekerja dan terus menyumbang kepada negara dengan cara kita sendiri.
Selamat Hari Pekerja 2026!
Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa.

1 Ulasan
Selamat Hari Pekerja Cie dan ssmua rakan blogger
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.