Setiap kali tibanya 16 Mei, hati pasti tersentuh bila mengenang jasa insan yang dipanggil guru. Mereka bukan sekadar mengajar membaca, menulis dan mengira, tetapi juga menjadi pembimbing, pendengar, penasihat dan pembina masa depan generasi muda.
Sambutan Hari Guru tahun 2026 membawa tema “Guru Bitara, Nadi Negara”, satu tema yang cukup mendalam maknanya.
Maksud Tema “Guru Bitara, Nadi Negara”
Perkataan bitara membawa maksud hebat, unggul dan istimewa. Guru bitara ialah guru yang bukan sahaja cemerlang dalam menyampaikan ilmu, tetapi juga menjadi inspirasi kepada anak didik. Mereka mendidik dengan penuh kasih sayang, sabar dan keikhlasan.
Manakala nadi negara pula menggambarkan betapa pentingnya peranan guru dalam membentuk masa depan negara. Jika negara diibaratkan sebuah tubuh, guru ialah nadinya penggerak utama yang memastikan generasi masa depan terus berkembang dengan ilmu, akhlak dan nilai kemanusiaan.
Tema ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan sesebuah negara bermula daripada bilik darjah dan tangan seorang guru.
Kisah Cita-Cita Menjadi Guru
Masa kecil dahulu, ramai antara kita pernah ditanya:
“Apa cita-cita kamu?”
Ada yang jawab doktor, polis, juruterbang dan tidak kurang juga yang bercita-cita menjadi guru. Kerjaya guru sering nampak indah di mata anak-anak. Berdiri di hadapan kelas, memegang buku dan kapur, kemudian disayangi murid-murid semuanya nampak menyeronokkan.
Ada juga yang memasang impian menjadi guru kerana terlalu kagum dengan cikgu di sekolah. Cara cikgu bercakap, memberi semangat dan membantu ketika susah meninggalkan kesan mendalam dalam hati.
Cie pulak pernah bercita-cita menjadi guru masa kecil dulu sebab arwah ayah seorang guru. Kat rumah memang ada papan hitam mini dan kapur. Cie selalu berangan dalam bilik sorang-sorang jadi cikgu.
Pergi sekolah kalau kelas fardu ain (dulu panggil kelas fardu ain, sekarang KAFA) bila ustaz mengajar mengaji ikut turn ramai la buat hal sendiri bermain. Cie dan kawan-kawan pergi kelas yang takde orang terus Cie jadi cikgu untuk kawan-kawan.
Bila teringat semula kelakar pun ada. Cita-cita tak kesampaian. Bila dah masuk sekolah menengah tukar cita-cita dah. Masa lepas habis SPM ayah gigih apply cikgu untuk anak bongsunya. Dah dipanggil untuk interview tapi masa tu Cie tak pergi sebab dah masuk Politeknik. Kecewa jugak la ayah sebenarnya.
Namun sekarang, barulah kita faham bahawa menjadi guru bukan tugas mudah. Guru perlu sabar melayan pelbagai kerenah murid, menyediakan bahan mengajar, memeriksa latihan dan pada masa sama tetap menjadi sumber semangat kepada pelajar.
Walaupun penat, ramai guru masih tersenyum ketika mengajar. Itulah hebatnya seorang pendidik. Mereka bahagia apabila melihat anak murid berjaya, walaupun nama mereka jarang disebut di belakang kejayaan itu.
Arawah ayah seorang guru. Arwah abah mertua seorang guru. Dalam keluarga Cie abang ketiga seorang guru yang dah pencen, kakak ipar isteri kepada abang ketiga, anak buah anak kepada abang ketiga juga guru. Anak abang ke5 seorang ustaz KAFA. Kakak Cie yang ke7 seorang guru PASTI. Sebelah keluarga Faiz abang ketiga, kakak ipar kedua dan anak buahnya juga guru.
Terima Kasih, Cikgu
Hari Guru bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi waktu terbaik untuk kita menghargai segala pengorbanan guru. Tanpa mereka, mungkin kita tidak mampu membaca, menulis dan mengenal dunia seperti hari ini.
Buat semua guru di Malaysia, selamat menyambut Hari Guru 2026. Semoga terus menjadi insan yang mendidik dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.
Terutama buat guru-guru dan pendidik yang pernah mengajar Cie sejak darjah 1. Guru-guru:
- Sekolah Kebangsaan Kechor Tui, Kuala Lipis
- Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis
- Sekolah Menengah Vokasional Puteri, Temerloh
- Politeknik Johor Bahru, Johor
- UiTM Shah Alam (beberapa bulan sahaja masa buat epjj, lepas tu stop)
Tak lupa juga buat semua guru yang mendidik anak-anak Syafiyah Raisha dan Syafiyah Rania.
Guru Bitara, Nadi Negara.
Terima kasih cikgu, jasamu sentiasa dikenang.

1 Ulasan
Terima kasih atas ucapan hari guru tersebut. Sy dah 29 thn mengajar.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.