Masa kami sampai tu tengahari dah hampir pukul 1. Matahari tengah terpacak atas kepala. Kena menapak sikit la dari tempat parking ke kilang coklat tu dan kena lintas jalan. Ada Rela yang jaga jalan. Kawasan tu ada bangunan kedai, kawasan perumahan. Agak sibuk jugak la jalan.
Kilang Beryl’s ni ada muzium dan kedai coklat sekali. Muzium tu banyak la ruang pameran tentang koko, peralatan yang digunakan untuk proses koko dan macam-macam lagi la sejarah. Banyak gambar Cie ambil cuma takde share di mana-mana je. Nak masuk dalam blog ni dah terlalu banyak pulak. Takpela simpan untuk kenangan sendiri je.
Mulanya kami naik tengok muzium dulu. Lepas tu baru turun masuk kedai coklat pulak. Kedai coklat tu memang full ramai betul orang. Cie tengok harga takdela murah pun. Sama je dengan yang jual kat mall tu. Ingatkan kot kat kilang murah la.
Cie ada ambil 1 peket coklat assorted 500gm. Takdela belek beria terus masuk bakul je. Lepas tu ambil coklat bar dan cookies anak-anak nak. Tu jela yang kami beli. Masa tu staf Cie ada ke Langkawi dah kirim coklat daim. Tu yang beli jela sikit alang-alang dah sampai.
Adik Rania nak aiskrim coklat RM10 1 cone. Dia sorang je makan. Cie rasa sikit memang pure coklat. Ramai jugak orang beli aiskrim tu. Adik Rania dah habis aiskrim dia kami pun gerak balik.
Masuk kereta baru tengok resit. La rupanya coklat Cie ambil yang assorted tu rupanya yang defect. Cie pun buka la tengok apa yang defect. Ada yang seal tak elok, ada yang terbuka seal, ada yang 2pcs dalamnya. Oh tu je defect. Kiranya masa QC check tu tak memenuhi piawai. Coklat ok je. Dari segi packaging jela tak pass. Baru faham.
Kat kedai tu takde tulis defect. Cuma tulis assorted 500gm dan harga je. Cie ambil jela sebabnya dalam 1 peket tu banyak jenis ada boleh la rasa semua jenis. Kalau tulis defect agaknya takde orang ambil kot. Tapi ok je coklat tu.
Kawan Cie cakap dia pun pernah je beli yang assorted macam Cie tu. Ada defect sikit jela kat packaging san kat coklat tu ada bentuk yang lain sikit. Tapi rasa tak berubah.
Lepas dah hajat nak ke kilang coklat Beryl’s. Geng tempat kerja Faiz nak buat lawatan juga ke situ bulan 6 nanti. Kami sampai dulu la. Memang selalu pun orang buat rombongan ke situ.










2 Ulasan
Yeay dah sampai...akak kalau nak beli choc memang ke sini...sebabnya saje nak buat content blog..ada satu lagi rasanya muzium coklat tapi akak x ingat kat mana...nanti la check...akak pun x banyak membeli kat sini hari tu..aiskrim tu beli...sedap...
BalasPadamsy x sempat lg nk ke sini.. tp coklat beryls ni semua sedap, harga pun murah je... yg tiramisu mcm ibu rawiwa bagi mmg sedap.. sebelum ni x pernah beli yg tiramisu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.