Patin masak tempoyak merupakan antara hidangan tradisional Melayu yang sangat popular terutama di negeri Pahang. Gabungan rasa lemak ikan patin dengan tempoyak yang masam dan beraroma menjadikan lauk ini cukup membuka selera, lebih-lebih lagi jika dimakan bersama nasi panas.
Hidangan ini terkenal kerana cara masaknya yang mudah, menggunakan bahan yang ringkas tetapi menghasilkan rasa yang sangat padu. Tempoyak sendiri diperbuat daripada isi durian yang diperam, memberikan rasa unik yang menjadi identiti utama masakan ini.
Ada yang letak santan tu bukan original masak tempoyak. Masak tempoyak Pahang tak guna santan.
Jom Cie share resipi yang Cie masak patin tempoyak. Kami panggil gulai masam patin.
Resipi Patin Masak Tempoyak
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin dipotong kepada beberapa bahagian
2 sudu besar tempoyak
Sedikit daun kesum (jika ada)
Belimbing buluh (bahan tambahan)
Sedikit kunyit hidup (boleh ganti dengan serbuk kunyit) - tumbuk hingga lumat
2 biji cili padi (ikut tahap kepedasan) - tumbuk hingga lumat
Air secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Cara Memasak
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Tambahkan air secukupnya.
- Didihkan menggunakan api sederhana sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Kenapa Ikan Patin Sangat Sesuai?
Ikan patin mempunyai isi yang lembut dan sedikit berlemak, menyebabkan kuah tempoyak lebih mudah meresap ke dalam isi ikan. Sebab itu ramai penggemar masakan kampung memilih ikan patin untuk dimasak tempoyak berbanding ikan lain.
Tip Supaya Kuah Lebih Sedap
- Gunakan tempoyak yang cukup masam untuk rasa lebih sedap.
- Jangan terlalu banyak kacau ikan kerana isi patin mudah hancur.
- Daun kesum membantu menaikkan aroma masakan.
- Belimbing buluh memberi rasa masam semula jadi yang lebih menyelerakan.
Hidangan Tradisi Yang Masih Digemari
Walaupun banyak makanan moden diperkenalkan hari ini, patin masak tempoyak masih kekal menjadi pilihan ramai. Malah hidangan ini sering dijadikan menu wajib ketika kenduri, makan keluarga dan juga di restoran masakan kampung.
Rasa masam, pedas dan lemak yang seimbang membuatkan lauk ini sentiasa dirindui penggemar makanan tradisional Melayu.




14 Ulasan
Ni masakan Pahang favourite saya 😄 kat KL ni saya suka pergi House of Patin kalau nak makan patin masak tempoyak yang rasa ori Pahang.
BalasPadamWaduh-waduh patiiinnnn....enak banget ni.
BalasPadamSy suka masakan ni =D
BalasPadamGandingan ikan patin dengan tempoyak memang tak pernah mengecewakan, hidangan tradisi Pahang yang paling juara...Terima kasih Cie sudi kongsikan resipi mudah ni, bolehlah buat rujukan peminat tegar patin tempoyak yang lain..nasib baik akak dh pandai buat...
BalasPadamAkk suka ikan patin esp bahagian perut lemak² tu.
BalasPadamFavourite patin tempoyak ni... dapat bahagian kepala enaknya...
BalasPadamRuginya wak tak makan tempoyak.
BalasPadamPatin ternak pun wak tak makan.
Saya kalau nak makan patin tempoyak mmg makan di kedai jer.. sbb dlm rumah tak ada siapa yg makan patin dan tempoyak hahahaa.. 😅
BalasPadamLama tak makan patin tempoyak.. Kalau dapat makan yang di Pahang, memang terasa bezanya berbanding di tempat Sha ini..
BalasPadamFavourite suami dan family mertua. Saya takleh makan. Keturunan Dayang Kumunah 😆
BalasPadammy favourite. dapnyaaa~
BalasPadamGi Pahang wajib makan ni.
BalasPadamKalau belah Perak, kakak akak akan bubuh santan.
Saya lupa yg saya makan dulu di Ipoh pakai santan atau tidak. Tp sedap juga lah. Kalau yg tempoyak asli Pahang begini saya blm coba lagi. 🤤. Nanti harus merasa kalau kesana
BalasPadamsaya suka patin cuma tak suka tempoyak..so saya akan mkn kalau masakan tu tak de tempoyak....anyway, saya suka patin asam pedas...yums sgt!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.