Berbunga-bunga la hati Cie ni hah tengok bunga ros tu dah muncul kembali. Agaknya dah mula serasi dengan cuaca di Lipis ni. Faiz la rajin menyiram setiap pagi.
Sambil tu belek juga pokok-pokok yang ada. Cactus hari tu sepasu je mati. Yang berdaun tu. Yang duri ni elok je hidup. Biar je atas meja tu tak payah siram.
Tanaman lain ada pandan dan daun kari. Pandan tu ok je senang hidup, tak kena serangan apa-apa. Pokok kari jela selalu jadi hitam dan nampak ada macam bena juga tu putih.
Nak tanam atas tanah pun ada secoet je kawasan tanah depan rumah tu. Pokok kari ni belum besar lagi. Risau takut kena mesin dengan bangla yang selalu mesin rumput tu. Tanah tu luar pagar Cie. Tu yang Cie tanam dalam pasu je dulu bagi besar sikit nanti baru boleh pindahkan..
Tapi tu la dah kena serangan apa entah jadi hitam. Ada orang kata kena siram dengan air cili kering. Taktau la sejauh mana menjadi tu tak pernah buat.
Cie pun ada semai biji cili. Dah nampak naik tu. Harapnya menjadi la tu nanti. Hari tu banyak Cie semai. Faiz bawak ke kebun tak jadi apa. Mati terus agaknya. Nanti Cie update lagi kalau dah menjadi pokok cili.







4 Ulasan
Wahhhhh cantiknyaaa bunga ros tu. Terapi mata sehab lawa dan terapi bau sebab wangi
BalasPadamrajin cie... seronok sebenarnya berkebun ni...tapi, nak tunggu dia hidup tu terseksa jiwa raga.. hahaha
BalasPadampokok kari saya pun mati sbb penyakit mcm dlm gmbr tu laaa
BalasPadamcantik..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.