Hampir setahun dah Cie buat sejak aktif berblog. Lepas genap setahun nanti akan difikirkan nak buat setiap bulan ke atau beberapa bulan sekali. Cie punya code widget hasil janaan chatgpt je.
Antara pemenang-pemenang sejak Ogos 2025:
Ogos 2025: Fanny & Nina
Sept 2025: Mama Zharfan
Okt 2025: Etuza
Nov 2025: Suria Amanda
Dis 2025: Cuya
Jan 2026: Cuya
Feb 2026: SiiNurul
Mac 2026: Cuya
April 2026: Fanny
Mei 2026: Mama Zharfan
Kalau tengok senarai pemenang orang sama je kan. Rajin mereka ni komen banyak-banyak entri Cie. Cuya dah 3 kali, MZ dah 2 kali. Masuk bulan Jun dah 3 kali.
Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan rekod dalam widget Top Komentator, yang Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8:00 malam – 11:59 malam. Masuk sahaja jam 12:00 tengah malam, widget tersebut akan auto-reset ke bulan baharu. Untuk bulan ni Cie screenshot pada pukul 8.36 malam.
Pemenang Top Komentator Jun 2026
Dengan penuh penghargaan, pemenang bagi bulan Jun 2026 ialah:
Blog: wife to @ jalan rebung Kak Faizah
Kak Faizah boleh whatsapp Cie details ye
WhatsApp: Boleh klik link ini
Maklumat diperlukan:
Nama penuh
Alamat penghantaran
Nombor telefon
Tahniah kerana menjadi Top Komentator Jun 2026. Kalau ikutkan MZ tapi sebab MZ dah menang bulan Mei 2026 dan MZ juga dah pernah menang dah sebanyak 2 kali sebelum ni so Cie umumkan kak Faizah sebagai pemenang.
Beza 1 komen saja waktu Cie screenshot tu. Pagi ni baru tengok semula kak Faizah ada lagi komen selepas Cie screenshot tu.
Sebagai ganti untuk MZ, Cie akan masukkan blog MZ ke dalam bloglist Cie.
Top Komentator Bulan Akan Datang
Nak jadi pemenang bulan akan datang? Teruskan aktif memberikan komen di setiap posting Cie. Yang belum menang cepat-cepat boom komen kat blog Cie. Mana tau bulan Julai ni anda pulak Cie pilih sebagai pemenang.
Semua komen anda akan direkodkan secara automatik dalam widget Top Komentator. Lagi aktif, lagi tinggi peluang untuk naik ke tempat pertama.
Terima Kasih Atas Sokongan Anda
Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang terus menyokong blog ini sejak dulu. Setiap komen kalian sangat bermakna.
Nantikan pengumuman Top Komentator Bulan Julai 2026 pula selepas ini!


4 Ulasan
Tahniahhhhh kepada pemenang
BalasPadamWah tahniah ibu rawiwa.
BalasPadamtahniah top komentar
BalasPadamJune ini saya agak jarang kasih komen Krn banyaaak jadwal traveling 😄. Semoga July bisa rutin berkomen di mana2 blog 😄
BalasPadamCongrat utk kak Faiza 🎉🎉🎉
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.