Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Khusus Dan MRSM 2027

Bermula 10 Julai 2026 permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan MRSM telah dibuka sehingga 14 Ogos. Jadi boleh la isi dengan tenang untuk anak-anak menduduki ujian PKSK tu nanti. 

Sumber: Facebook


Cie dah pun isi di Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Khusus Dan MRSM 2027 pada 10 Julai 2026. 3 pilihan yang boleh dibuat. 

Ada juga yang share tips jangan combine sekolah tu. Kalau nak SBP kena pilih semua SBP. Begitu juga kalau nak MRSM dan SMKA kena sama je semua. Katanya nanti kalau pilihan pertama tu SBP dia akan link terus ke SBP je dan takkan sync ke MRSM jika buat pilihan kedua atau ketiga. 


Cie campur je pilihan pertama dan kedua SBP, pilihan ketiga MRSM. Tak mengharap pun untuk MRSM tu agak payah juga nak tembus tu. 

Start tahun lepas rasanya yang digabungkan semua. Masa kakak Raisha dulu ujian berbeza. PKSK untuk SBP dan SMKA. MRSM pulak UKKM. 2 kali la kena ambil ujian. 

Untuk kali ni senang sikit dah tak perlu isi result PBD dan PAJSK. Web tu terus link dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang cikgu dah key in. Cuma kena isi pilihan sekolah je. Tak ambil masa yang lama la. 


Selesai dah buat pilihan untuk adik Rania. Semoga ada rezeki untuk adik Rania pulak kali ni. Boleh la adik Rania rasai pengalaman menjawab soalan. 


Kat threads ada la juga isu yang mana ada parents yang cakap kalau anak-anak taknak sekolah asrama tak perlu isi nanti kalau dapat anak-anak taknak dah tutup peluang anak-anak yang tak dapat. Tak jadi masalah pun kalau ada yang tolak mungkin rezeki orang lain pulak akan dapat. 

Ada juga parents yang cakap masa panjang untuk anak-anak berubah fikiran. Mana tau kalau tak mohon nanti anak salahkan kita dia tak dapat jawab ujian. Begitulahkan. 

Semua ada hak untuk isi jangan la nak pertikaikan. Guru Besar pun galakkan untuk semua pelajar isi permohonan. Dapat tak dapat tu belakang cerita. Katanya ada isu sebelum ni pelajar tak isi tiba-tiba nak pulak jadi sekolah tak dapat tolong la dah takde permohonan. 

Pandangan Cie pulak takde salah pun parents yang mohon. Nak bagi anak ada pengalaman jawab ujian besar. Kan UPSR dah takde jadi ujian PKSK ni la jadi pengganti. 

Kalau terpilih tapi tolak pun takde isu. Tempat kosong tu akan diberikan kepada pelajar lain nanti kan sepanjang tahun tu banyak je pengambilan.

Ada juga pelajar yang dah dapat lepas tu tak tahan dan balik sekolah biasa semula. Pun tak jadi masalah. Ketahanan mental fizikal anak-anak tak sama. Tempat mereka tu akan diisi oleh pelajar lain untuk pengambilan seterusnya. 

Jadi biar jela parents nak mohon untuk anak-anak. Tak perlu la nak tahan keinginan orang lain. 


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Semoga ada rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Maklumat mengenai permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 seperti ini memang membantu ibu bapa dan penjaga agar tidak terlepas tarikh penting. Semoga segala urusan permohonan anak-anak dipermudahkan dan memperoleh keputusan yang terbaik. Terima kasih kerana sudi berkongsi informasi yang berguna.

    BalasPadam
  3. Setuju. Kalah memang seandainya ditolak, toh tempat kosong itu akan di offer ke murid yg lain kan. Jadi tak masalah kalau nak submit.

    Apa2pun semoga anak kakak nanti mendapat sekolah yg sesuai dengan keinginan dia juga

    BalasPadam
  4. Moga berjaya!
    Mujurlah uncle dah lepas era isi borang2 ni....

    BalasPadam
  5. Semoga dimudahkan urusan ya..

    BalasPadam
  6. Semoga berjaya hendaknya utk anak Cie. Anak² bujang saya dulu memang dia org nak masuk MRSM. Memang tough, kena kuat semangat & jwb soalan exam tu dgn smart - sebab ada tricky question yg menentukan kita lulus @ gagal exam tu.

    BalasPadam
  7. Semoga ada rezeki nya tu cie... all the best utk adik rania.. semoga dpt jawab soalan dengan tenang nnt

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Setuju Cie. Kalau rasa nak cuba mohon, isi je borang. Tapi saya terbalik, bukan saya yg nak anak masuk sekolah asrama, anak yg nak cuba. Sebagai parent, saya sokong je tapi dalam hati berdoa dia tak dapat sebab lebih prefer anak dekat rumah depan mata setiap hari hehe 😜

    All the best buat Rania, semoga ada rezeki dia masuk SBP 🤲🏻

    BalasPadam
  10. semoga ada rezeki adik Rania.
    Ammi belum isi lagi untuk Alip, ammi selalu akan isi depan anak-anak. Biar dorang je pilih sekolah apa yang dorang nak tapi kena guidelah. Taknaklah dorang pilih sekolah yang jauh dari rumah.

    BalasPadam
  11. Semoga ada rezeki adik Rania. Semoga dipermudahkan semua urusan dan sukses kepada semua anak bloggers yang memohon

    BalasPadam
  12. mohon je dulu
    dpt or tidak cerita lain
    kalau dpt alhamdulillah
    kalau tak dpt mungkin peluang lbh baik ada kat sek biasa....

    BalasPadam
  13. Betul sangat apa yang Cie kongsikan tu. Sebagai ibu bapa, kita isi je dulu untuk bagi anak-anak rasa pengalaman menduduki ujian PKSK tu. Dapat atau tidak, tolak atau terima, itu belakang cerita dan rezeki masing-masing. Tak perlu la nak pertikaikan hak parents lain nak mencuba kan. Semoga ada rezeki untuk adik Rania nanti, amin

    BalasPadam
  14. Lupa hendak tulis semoga adik Rania dapat masuk sekolah pilihannya.

    BalasPadam
  15. Bila ada entri dan checklist macam ni, kurang sikit pening ibu bapa nak buat persediaan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.