Terima Hadiah GA Blog Kak Notie

24 Jun yang lepas kak Notie buat GA Meriahkan Piala Dunia dan mencari 10 pemenang. Ruangan komen blog kak Notie kan private so selepas kak Notie approved baru la ada. 

Masa Cie komen tu dah 27 Jun dan masa tu stop sampai komen 7 je. Cie pun saja jela komen NAK bagi mencuba nasib. Rupanya tersasar la pulak selepas kak Notie dah approved. Hahaha. 

Tapi kak Notie berbesar hati nak bagi jugak kepada yang dah terlambat komen tu ada 5 orang. Rezeki kami la bila Cie tengok posting kak Notie Keputusan GA Meriahkan Piala Dunia ada terselit nama Cie. 

30 Jun tiba-tiba ada 2 parcels sampai. Cie memang ada terima emel notifications barang Shopee Cie dah sampai. Balik kerja petang Selasa tu adik Rania tanya "ibu beli tumbler ke?" Cie cakap la "mana ada ibu beli rempah la". Cie beli rempah mandi ayam, beriani dan percik kat Shopee. 



Adik Rania cakap yela tumbler ada tulis Ronaldo kat depan tu. Cie pun teringat oh ni mesti hadiah dari Kak Notie. Bila buka je terus terpesona ye tengok cantik betul macam printing timbul je gambar tu. 


Siap ada penapis dan suhu. Senang nak monitor suhu air tu. Kalau bancuh air panas takdela melecur nak minum kan. Bertambah koleksi tumbler. Baru je weekend hari tu balik kampung dapat tumbler TNB anak buah. 



Terima kasih banyak kak Notie sentiasa berbagi rezeki dengan rakan blogger. Cie dah kali ke3 terima hadiah dari kak Notie. Yang pertama telekung travel, yang kedua kain pasang dan yang ketiga ni tumbler. 

Semoga murah rezeki selalu kak Notie. Semoga dipermudahkan urusan hidup kak Notie. Semoga sihat selalu. Semoga yang baik-baik mengiringi kak Notie. Aamiinnn. 


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Cie dapat Christian Ronaldo. Secara umum kalau tidak minta pasukan lain.

    BalasPadam
  2. ehhh.. sama, akak pun dapat ketiga-tiga hadiah yang sama dari Kak Notie.

    BalasPadam
  3. Wah tahniah cie.... lama nya x join n buat GA ..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Akak pun silap lambat approved jadi bila ada yg nak tak sampai hati nak tolak tu yg bagi juga supaya semua happy. Kan kata random jadi main hentam saje order. Tapi yg top cr dengan messi

    BalasPadam
  5. Tahniah Cie...saya pun dah 2x dpt hadiah from Kak Notie...

    BalasPadam
  6. Congrats kaaaaak. Baguuuus tumblernya. Apalagi ada pengatur suhu. Saya nak beli jadinya Tumbler yg pakai suhu begini

    BalasPadam
  7. Tahniahhhhhhh. Cantik tumbler nya

    BalasPadam
  8. Linda punya warna hitam.. dah selamat bawa balik Tronoh., suka la anak² ada tumbler baru..siap atur hari siapa yang nak guna..gilir²

    BalasPadam
  9. tahniah! smart betul tumbler ni siap boleh tengok suhu :D

    BalasPadam
  10. Kelakar pulak plot twist hujung-hujung tu... ingatkan parcel rempah mandi dari Shopee, sekali keluar tumbler Ronaldo ya, haha! Tapi tulah dinamakan rezeki tak salah alamat, walaupun komen lambat tapi Kak Notie baik hati tetap bagi juga hadiah

    BalasPadam
  11. congrats cie! bagusnya kak notie rajin bagi hadiah utk kwn2 blogger

    BalasPadam
  12. Tahniah Cieee. Comel tumbler nya

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.