Alhamdulillah, selesai sudah Giveaway 15th Wedding Anniversary Cie & Faiz yang telah berlangsung dari 2 September hingga 15 September 2026 7.00 pagi, 9.00 pagi kita terus pilih pemenang.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi menyertai giveaway sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-15. Terima kasih atas ucapan dan doa juga. Semoga yang baik-baik mengiringi semua rakan blogger yang Cie sayangi.
Walaupun syarat penyertaan sangat mudah, Cie tetap menghargai setiap seorang yang meluangkan masa untuk singgah ke blog, follow dan meninggalkan komen.
Giveaway ini sebenarnya hanyalah salah satu cara kecil untuk Cie berkongsi kegembiraan sempena anniversary kami. Dalam masa yang sama, Cie juga nak mengucapkan terima kasih kepada semua rakan blogger dan pembaca yang selama ini masih sudi datang membaca, meninggalkan komen dan menyokong blog Cie.
Pemilihan Pemenang
Untuk memilih pemenang, semua nama peserta yang memenuhi syarat telah dimasukkan ke dalam Wheel of Names. Yang follow syarat Cie sahaja ye.
Yang komen "Happy 15th Wedding Anniversary Cie & Faiz” ❤️ sahaja Cie akan terima penyertaan. Termasuk la yang takde emoji pun Cie terima. Tapi kalau yang tukar komen tu kepada selain dari yang Cie tetapkan, minta maaf ye Cie tak senaraikan penyertaan yang tak follow syarat.
Cabutan dibuat secara rawak dan nama yang terpilih adalah:
Tahniah diucapkan kepada Nieza atas kemenangan giveaway kali ini.
Semoga hadiah kecil daripada Cie ini dapat menggembirakan hati dan menjadi salah satu kenangan daripada Giveaway 15th Wedding Anniversary kami.
Cara Tuntut Hadiah
Kepada Nieza, sila hubungi Cie melalui Whatsapp Cie (klik) untuk urusan tuntutan hadiah.
Boleh berikan maklumat nama, alamat dan nombor telefon yang diperlukan bagi memudahkan urusan penghantaran hadiah. Selepas maklumat diterima, Cie akan uruskan penghantaran hadiah kepada pemenang.
Kepada yang belum berjaya kali ini, jangan kecewa. Terima kasih kerana tetap sudi menyertai giveaway ini dan memeriahkan lagi sambutan anniversary kami.
Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa menyokong blog ini. Daripada sekadar singgah membaca, meninggalkan komen, berkongsi artikel hinggalah menyertai giveaway, setiap sokongan daripada korang memang Cie hargai.
15 tahun perkahwinan bukanlah satu perjalanan yang pendek. Ada banyak cerita, kenangan, susah dan senang yang telah dilalui bersama. Jadi, sempena ulang tahun perkahwinan kami kali ini, Cie bersyukur dapat berkongsi sedikit kegembiraan itu dengan rakan-rakan blogger dan pembaca blog.
Sekali lagi, tahniah kepada Nieza dan terima kasih kepada semua yang telah menyertai Giveaway 15th Wedding Anniversary Cie & Faiz.
Terima kasih kerana terus menyokong.


11 Ulasan
Tahniah buat pemenang:)
BalasPadamAlhamdulillah tahniah utk pemenang!
BalasPadamTahniah pada Nieza. 👏👏 Alhamdulillah...
BalasPadamTahniah Nieza terpilih menjadi pemenangnya.
BalasPadamalaaaa tak perasan ada giveaway. apapun tahniah kepada nieza :)
BalasPadamTahniah pada blogger Nieza yg menang..
BalasPadamPemenangnya ialah Nieza....Tahniah!!!
BalasPadamAlaa.. saya baru nampak posting giveaway ni. Tak sempat nak join, hari ni dah umum pemenang. Apa apa pun tahniah kepada pemenang! Tahniah jugak kepada Cie sempena 15th Anniversary!!
BalasPadamYg mana berkesempatan jemput join segmen Beeha. https://beehaazman19.blogspot.com/2026/09/segmen-mencari-blogger-aktif-2026.html
Alhamdulillah, tahniah kepada pemenang
BalasPadamWah tak perasan lah Ga ni. Apa pun tahniah buat nieza Dan tahniah juga buat cie sempena anniversary yang ke 15 tahun. Semuga kehidupan cie sekeluarga sentiasa dalam rahmat Dan kasih sayang Allah SWT. AAMIIN
BalasPadamtahniah Nieza...
BalasPadammoga murah rezeki buat Cie
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.