Makanan Untuk Turunkan Berat Badan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 22 February 2013

Makanan Untuk Turunkan Berat Badan

As Salam n Selamat Sejahtera
Rupa2nya hari ni dah Jumaat. Rasanya macam baru je lagi Jumaat. Sangat pantas masa berlalu sekarang nih. Biasa la Jumaat ni time rest sangat la lama. yelah kaum adam nak pergi sembahyang kan. Kaum hawa untung la sebab boleh lepak je kan. Biasa balik tapi lately malas nak balik so lepak kat office jela. Kalau balik kejap sangat masa. Balik dah 1/2jam kang datang semula dah 1/2jam. 1jam duk atas jalan je. Buat penat baik duduk kat office boleh rest sikit. Kalau balik mesti nak ambil mek kenit tuh. Duk cara ke dia habis waktu rehat ibu. huhuhu.
Tadi tengah baca majalah iSihat pastu terjumpa la 1 rencana pasal makanan untuk turunkan berat badan. Mesti ramai yang nak tau kan. So Cie share la senarai nih dengan korang. Mana tau boleh dijadikan panduan. Kebanyakkan kita memang dibelenggu masalah berat badan. Dulu pun Cie pernah jugak cecah 60kg. Masa tuh rasa dah begesel2 peha bila jalan. Nak beli seluar pun susah sebab peha besar sangat kan. Pastu terus berazam nak kurus.
Masa lepas bertunang hari tu terus makan makanan yang tak berlemak. Masak pun kurangkan minyak. Selalu masak steam kalau ikan. Sayur2 pulak selalu buat salad je. Nasi kurangkan. Tuh care Cie diet la. Masa fitting baju dah ok sekali masa nak pakai tuh kain longgar gila. 2" kot tepaksa kecikkan lagi. Nasib sempat nak pakai mase hari sanding tuh. Lepas kahwin makin hari makin kurus. Sampai ramai la yang tegur dorang tanya hubby Cie buat apa sampai kurus sangat. Masa pregnant pun tak naik sangat. Mula2 turun 49kg je masa mabuk teruk. Pastu dah ok tak mabuk sangat baru la naik sikit2. Sampai sebelum besalin 60kg je mase kat labour room dah turun 58kg dan sekarang dah 52kg je. Ada jugak plan nak turunkan 50kg je. Boleh kah???Mesti boleh kan. Lagipun sekarangg mek kenit ibu memang fully breastfeed so takde masalah la sebabnya lemak mak dah bluetooth kat anak. Tuh la untung nya BF baby nih. Takut jugak bila stop BF nanti buat nya naik balik kan. So kalau nak maintain kena jaga makan dan makan supplement.
Tuh cara Cie la kan. Nih Cie nak share fakta diet majalah iSIHAT nih.
Antara makanan yg kita perlu ambil setiap hari ialah sayur2an, kacang, lobak, teh hijau, bijirin, buah2an. Sebab apa makanan2 nih semua kita kena ambil setiap ari??? Sebabnya bijirin kaya dengan kandungan fiber yang boleh membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. Kacang pulak adalah sumber protein yang terbaik manakala buah2an mengandungi antioksidan & resveratrol yang dapat meningkatkan hayat hidup manusia. Lobak sangat baik untuk penglihatan & sayur2an sangat berkhasiat & rendah kandungan kalori. Lobak merah tuh dulu Cie tak makan. Entahla tekak tak boleh terima. Teringat lagi masa study kat Poli JB dulu kena paksa dengan lecturer makan lobak merah tuh. Terus muntah pastu dia boleh gelak je. Dia kata you duduk food line mesti kena rasa semua makanan. Kejam. Pastu sekarang dah makan sebabnya mata dah semakin rabun. Mula2 nak makan dulu kena potong halus2 je. Sekarang dah tak kisah besar mana pun dah boleh telan.
  
Makanan yang perlu diambil 3x seminggu yogurt, bunga kobis, kentang manis, avokado, minyak ikan, tauhu. Sardin mengandungi tinggi protein manakala omega-3 pulak kaya dengan asid lemak yang baik untuk jantung. Tauhu merupakan sumber protein yang rendah kalorinya dimana mengandungi protein yang lebih tinggi daripada lembu kisar. Bunga kobis n brokoli sgt besar jasanya dalam membantu menentang kanser. Yogurt sudah semestinya utk kalsium.
Makanan yang jangan diambil langsung soda, makanan yang diproses, sup dalam tin, semua jenis diet. Pilih menu pencuci mulut yang anda suka menikmatinya dengan sebaik2nya TETAPI. Nampak situ dibesarkan TETAPI pandai2 korang la nak ambik banyak mana. Jangan lebih2 kalau dah namanya pencuci mulut tuh jarang2 la tak manis nya.
Makanan yang perlu diambil sekali sahaja seminggu daging merah, kanji putih, pencuci mulut. Pemanis tiruan yang ditemui dalam minuman diet telah terbukti mampu menyebabkan ketagihan. Oleh itu jangan mudah terpedaya ye. Ia juga menyebabkan tubuh anda membebaskan lebih banyak insulin yg mendorong anda untuk menyimpan lemak pada tubuh. Mana tak gemuk kan. Pastu mula salahkan penjual tuh promote. Padahal sendiri yang salah  beli siapa suruh kan.
Selain tuh kita boleh jugak ambil makanan tambahan. Kadang2 kita tak bole makan makanan tuh macam contoh Cie dulu tak boleh makan lobak merah. Kalau macam tak bole makan kekacang atau sumber protein bole ambik supplement protein. Sebagai ganti makanan yang kita tak bole amik tuh. Sampai sekarang Cie memang tak makan soya. So ganti dengan minum Energizing Soy Protein Shaklee. Rasa soya jugak tapi tak kuat sangat.
Itu jelah yang Ci'e nak share hari nih. Sekarang nak keluar kejap pergi beli makanan. Perut dah bedansa nih. Okbai.

Wassalam

No comments:

Post a Comment