TIPS PEMAKANAN: Makanan Untuk Ibu Hamil - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 10 April 2013

TIPS PEMAKANAN: Makanan Untuk Ibu Hamil

Pemakanan Untuk Wanita Hamil

Omega-3
Asid lelemak Omega-3 paling banyak terdapat pada ikan. Omega-3 menyumbang kepada kesihatan otak & jantung, terutamanya kepada bayi. Makanan lain yang mengandungi Omega-3 ialah walnut, telur & flakseed - walaupun tidak sebanyak ikan.

Bijian Sempurna
Bijian sempurna (whole grain) mengandungi karbohidrat kompleks. Ia bukan sahaja memberi tenaga, malah turut mengandungi serat. Pengambilan serat boleh mengurangkan masalah sembelit & risiko preeclampsia (darah tinggi) semasa mengandung.

Buah-buahan & Sayur-sayuran
Kedua-dua kumpulan ini mengandungi vitamin, mineral & antioksidan yg diperlukan. Oren, strawberi, brokoli atau tomato kaya dengan vitamin C, manakala folik asid boleh didapati daripada sayuran berdaun hijau, kacang pea, oren, pisang & tembikai. Vitamin A untuk kesihatan mata, kulit & tulang, boleh didapati daripada keledek & bayam. Pastikan sayur-sayuran dibasuh bersih sebelum dimakan bagi mengelakkan anda tetdedah kepada toxoplasmosis, bakteria yang mencemari tanah.

Kalsium
Kalsium diperlukan untuk gigi & tulang yang sihat. Makanan yg tinggi kalsium seperti susu, keju & yogurt boleh mengurangkan masalah semasa mengandung seperti sembap & jangkitan yis. Pastikan susu yang diminum adalah susu pasteur & keju yang dimakan diperbuat daripada susu yang pasteur.

Protein
Protein adalah sumber asid amino yg membina sel serta penghasilan darah. Wanita mengandung memerlukan lebih banyak protein pada trimester kedua & ketiga apabila kandungan semakin membesar.

#sumber Buku Penjagaan Ibu & Si Kecil

2 comments: