DIABETES - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 9 September 2013

DIABETES

DIABETES MELLITIUS
Diabetes Mellitius adalah penyakit kronik yg memerlukan rawatan perubatan & pengurusan diri oleh pesakit secara berterusan untuk mengelak atau melambatkan kompilasi. Diabetes yang tidak terkawal akan mengakibatkan kompilasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, masalah penglihatan, kerosakan urat saraf & masalah jangkitan. Pengurusan perubatan, kawalan pemakanan & senaman yg betul adalah sangat penting.


HIPOGLISEMIA
Hipoglisemia ialah keadaan apabila aras gula darah menjadi rendah dan memberi bacaan 2.2 - 4.4 mmol/L. Namun begitu, aras gula darah semasa hipoglisemia berbeza mengikut individu.


DIABETES GESTASI
Diabetes gestasi adalah peningkatan aras gula darah semasa mengandung. Kawalan aras gula dalam julat normal adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan ibu & anak. Pastikan pengambilan lemak adalah sederhana jika Indeks Jisim Tubuh (IJT) sebelum mengandung adalah >25 kg/m2. Minum susu 2 hingga 3 cawan sehari untuk memastikan keperluan kalsium yang mencukupi.


PRINSIP PEMAKANAN DIABETES
1. Nikmati hidangan utama (sarapan pagi, makan tengahari & makan malam). Makan pada selang masa yang tetap.

2. Snek diambil diantara waktu hidangan utama untuk mencegah hipoglisemia.

3. Makanan karbohidrat perlu disukat & diagihkan jumlah pengambilan supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Pastikan anda tidak melangkau (skip) waktu makan.

4. Pelbagaikan pilihan makanan anda & amalkan pemakanan seimbang.

5. Tingkatkan pengambilan serat.

6. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas & elakkan jika perlu.

7. Lakukan senaman.

8. Ambil ubat & insulin pada waktu yg ditetapkan.


sumber: perkhidmatan Dietetik & Sajian KKM

No comments:

Post a Comment