Pagi tadi pergi beli barang dapur terus beli kangkung. Lama rasanya tak beli kangkung. Plan dah nak masak simple jela menu lunch ni. Masak telur dadar, sambal hitam dan kangkung belacan.
Jambu batu asam boi pun ada. Beli jambu minggu lepas, terlupa nak makan ada lagi sebiji. Potong jela 1/2 biji.
Sambal hitam tu Cie buat lebih senang nak makan bila-bila pun boleh. Letak dalam botol kaca macam orang jual sambal tu. Tahan lama juga sambal hitam tak perlu letak dalam fridge.
Cie blend je bawang besar, cili padi, ikan bilis, belimbing rebus, minyak masak. Lepas tu masuk je dalam kuali. Biar je masak sekali sekala je kacau. Style moden ni blend sekali arung je. Kalau dulu buat sambal hitam kena tumbuk.
Cie pernah je jual sambal hitam. Masa Faiz kerja di Putrajaya dulu. Setiap kali bulan puasa memang banyak la order dari geng office dia. Banyak je permintaan cuma Cie malas je. Hihi. Kalau rajin memang dah bisnes sambal hitam dah Cie ni.





12 Ulasan
Pedas tak Cie buat sambal hitam?
BalasPadamRupanya ada buat jual.
Fuh, simple tapi padu habislah menu lunch ni! Gabungan telur dadar panas-panas dengan sambal hitam Pahang tu memang lethal... silap-silap boleh bertambah dua tiga kali nasi dibuatnya. Ringkas tapi nikmat dia Masya-Allah!
BalasPadamTeringat dulu masa kerja kat Sarawak, ada sorang staff ni jadi supplier sambal hitam kat sana. Mmg laku sgt2 sbb dia sorang je yg jual sambal hitam mak mertua dia buat dekat Sarawak. Kena beli awal sbb biasa dia bukak order je confirm cepat habis hehe
BalasPadamsambal hitam extra stock tu mmg best..anytime nk mkn dh ready
BalasPadamTolonglah rajinkan diri jual 😁.
BalasPadamNak masuk.list🤭
wahhh rajin tu cie buat sambal sampai boleh jual2.nampak pun sedap tuuu wpun MZ tak reti mkn sambal ni..setakat mkn sambal nyet khairul aming jer (sentiasa ada stok kat rumah ni)
BalasPadamWahhhh kalau Cie rajin masak lagi sambal hitam nak order juga
BalasPadamAgreed part sambal hitam tu. Sy pun buat frozen jgk..Senang che mek nak panaskn time blk sekolah. Nasi sy masak siap2 pagi masa tgh prepare bekal.
BalasPadamIsssh kalau saya di sana nak juga beli sambal hitam kak cie 😍😍. Tp saya dah rasa sambal hitam ini. Waktu itu diksh kak Mulan, dalam bentuk RTE. Sedaap. Masih ada beberapa stok di rumah 😍. Biasanya makan dengan telur dadar
BalasPadamKalau rajin, pandai masak.. memang boleh la berbisnes..
BalasPadamAmbil masa lama nak buat sambal hitam ni kan. Sambal apa-apa pun wajib ada stok dalam peti ais. Senang nak makan apa-apa dengan sambal.
BalasPadamSambal hitam tu mengancam betul.. Kalau ada sambal tu memang bertambah makan..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.