Sebelum tu dah search kat google. Dah jumpa banyak review kata service slow. Takpela kita try jela. Kalau service ok kita boleh repeat. Kalau service ko cukup la sekali je cuba kan.
Masuk je kedai ada beberapa meja kosong. Kami terus duduk di meja berdepan dengan cake display. Kat setiap meja ada QR untuk kita scan order. Nak order di kaunter pun boleh je kot tengok ada yang order.
Antara yang kami order:
- Faiz: grilled chicken penyet with rice & biscoff frappe.
- Cie: fries & iced latte classic caramel.
- Anak-anak: chicken chop & iced lemon tea
Cie tak order makan berat, kakak Raisha ajak share je. Tu yang Cie order fries. Sekali sampai fries dalam chicken chop tu pun banyak. Nasib baik tak order makanan berat lain.
Service takdela lambat seperti dalam google review. Maybe dah ada improvement. Dalam masa 5 minit air sampai, makanan 10 minit.
Makanan pun bagi tekak Cie sedap juga. Iced latte Cie pun sedap. Sos blackpepper untuk chicken chop pun sedap, siap dapat sekali sos cili.
Overall boleh la repeat lagi di masa akan datang. Lama dah beroperasi sejak 2019 di Kelantan. Kalau buka di Lipis best jugak. Mengikut carian Cie, outlet NC Pahang dibuka di Kuantan. Lebih 45 outlets dah dibuka di sekitar Kelantan dan Klang Valley.











1 Ulasan
Alhamdulillah masa menunggu singkat. Kenalah perbaiki apa yang kurang supaya bertahan lama.
BalasPadamBagus eh sudah ada banyak cawangan.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.