Menu Lunch: Telur Dadar, Sambal Hitam, Kangkung Belacan

Hari Jumaat selalunya time macam ni tengah mengadap kerja kat office. Hari cuti ni dapat la bersantai lepas makan lunch. Dah siap terlelap tadi mengantuk pulak lepas makan. 

Pagi tadi pergi beli barang dapur terus beli kangkung. Lama rasanya tak beli kangkung. Plan dah nak masak simple jela menu lunch ni. Masak telur dadar, sambal hitam dan kangkung belacan. 

Jambu batu asam boi pun ada. Beli jambu minggu lepas, terlupa nak makan ada lagi sebiji. Potong jela 1/2 biji. 


Sambal hitam tu Cie buat lebih senang nak makan bila-bila pun boleh. Letak dalam botol kaca macam orang jual sambal tu. Tahan lama juga sambal hitam tak perlu letak dalam fridge. 




Cie blend je bawang besar, cili padi, ikan bilis, belimbing rebus, minyak masak. Lepas tu masuk je dalam kuali. Biar je masak sekali sekala je kacau. Style moden ni blend sekali arung je. Kalau dulu buat sambal hitam kena tumbuk.

Cie pernah je jual sambal hitam. Masa Faiz kerja di Putrajaya dulu. Setiap kali bulan puasa memang banyak la order dari geng office dia. Banyak je permintaan cuma Cie malas je. Hihi. Kalau rajin memang dah bisnes sambal hitam dah Cie ni. 




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Pedas tak Cie buat sambal hitam?
    Rupanya ada buat jual.

    BalasPadam
  2. Fuh, simple tapi padu habislah menu lunch ni! Gabungan telur dadar panas-panas dengan sambal hitam Pahang tu memang lethal... silap-silap boleh bertambah dua tiga kali nasi dibuatnya. Ringkas tapi nikmat dia Masya-Allah!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.