Tuesday, 15 April 2014

Ayam Goreng Kicap

As salam
Salam sejahtera

Hari ahad baru nih terlebih rajin betul. Pagi buat nasi lemak. Tengahari masak ayam goreng kicap dengan peria tumis taucu.

I nak share resepi ayam goreng kicap tuh je. Macam biasa la resepi i main campak2 je dah siap. Bahan pun apa yg ada je.

Bahan2:
Ayam potong kecil2
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak
Bawang putih dimayang
Bawang besar dimayang
Halia dimayang
Carrot potong julliene
Bunga kobis potong kecil2
Tomato belah 8
Kicap manis
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Air

Cara membuat:
1. Panaskan minyak masak didalam kuali untuk menggoreng ayam.
2. Gaulkan serbuk kunyit & garam bersama ayam. Kemudian goreng hingga masak ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar, halia hingga layu kemudian masukkan carrot & bunga kobis kacau hingga masak.
4. Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato, air. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan ayam. Kacau hingga rata kemudian masukkan tomato. Sedia untuk dihidang.

Senang kan. Bahan2 tuh boleh adjust ikut kesesuaian. Masak kicap nih banyak versi. Ikut idea masing2. Ada masa kosong je takde carrot n bunga kobis tuh. Guna bahan yg ada je.

Selamat mencuba. ^_^

No comments:

Post a Comment