Puteri mandi ni senang je nak buat. Guna tepung pulut dan air je. Gaul sebati jadi doh. Jangan keras atau lembik sangat. Sedang-sedang je untuk kita bulatkan dan leperkan. Lepas tu celur sampai timbul tu kira dah masak. Tapiskan rendam dulu dalam bekas berisi air sejuk.
Next baru buat kuah. Cie guna gula melaka. Masak dulu gula melaka dengan air, bila dah cair tapiskan. Masukkan dalam periuk, masuk santan, garam sikit, daun pandan. Bila dah mendidih baru masukkan tepung yang kita dah celur tadi. Kacau-kacau kejap dah siap.
Warnanya tak coklat. Gula melaka ada sikit je. Seketul yang kecik tu je. Tu yang tak jadi coklat sangat.
Nak buat celup tepung pun senang je. Secawan tepung beras, sebiji telur, sedikit serbuk kunyit, bahan perasa, sedikit air kapur. Air biasa letak jugak tapi tak perlu banyak. Kita taknak cair sangat bater kita tu.
Lepas tu celup la semua yang nak dicelup. Goreng la sampai sedikit keperangan. Bahan celup ada ikan, udang, sotong, crabstick, cendawan enoki.
Cicah dengan sos thai. Cie chop sedikit daun ketumbar. Habis licin kami makan. Kalau kat kedai ni banyak juga kos. Buat sendiri puas makan.









13 Ulasan
Sedapnya celup tepung
BalasPadamPuteri mandi tu macam kuih org banjar je. Kami panggil wadai kepeng =D
BalasPadamSedap nampaknya puteri mandi tu...
BalasPadamNak buat jugalah celup tepung ni, baru puashati makan kan
Faa ada juga buat jejari ketam dan enoki buat celup tepung. Memang dip sos thai juga. Buat makan2 sambil tengok movie.
BalasPadamSukalah makan camni, ratah-ratah.. sos cili tu memang sedap.. ishh nak buat laa nanti
BalasPadamdip dengan sos hai tu, memang sedap dah.. nak buat juga la wekeend ni.. kalau rajin.. kikiki
BalasPadamMakan simple siap dengan dessert, pon dah happy kan..
BalasPadamBaca ini saya memang tak sabaaaaar tunggu Desember nak ke Terengganu 😍😍😍😍. Makan celup tepung sampai puas lah di sana 🤭🤭
BalasPadamOoo.. guna tepung beras je eh nak buat batter celup² tu.. nak try buat lah lain kali.
BalasPadampuas hati bila buat sendiri
BalasPadamsuka kalau ada letak daun ketumbar. menaikkan rasa dlm makanan
BalasPadamHehe kena rajin buat. Renyah juga buat celup tepung banyak kena goreng.
BalasPadamMakan panas-panas celup tepung tu berteman sos, lepas tu pencuci mulut kuih puteri mandi pulak, pergh... terlupa kejap hal lain!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.