Puteri mandi ni senang je nak buat. Guna tepung pulut dan air je. Gaul sebati jadi doh. Jangan keras atau lembik sangat. Sedang-sedang je untuk kita bulatkan dan leperkan. Lepas tu celur sampai timbul tu kira dah masak. Tapiskan rendam dulu dalam bekas berisi air sejuk.
Next baru buat kuah. Cie guna gula melaka. Masak dulu gula melaka dengan air, bila dah cair tapiskan. Masukkan dalam periuk, masuk santan, garam sikit, daun pandan. Bila dah mendidih baru masukkan tepung yang kita dah celur tadi. Kacau-kacau kejap dah siap.
Warnanya tak coklat. Gula melaka ada sikit je. Seketul yang kecik tu je. Tu yang tak jadi coklat sangat.
Nak buat celup tepung pun senang je. Secawan tepung beras, sebiji telur, sedikit serbuk kunyit, bahan perasa, sedikit air kapur. Air biasa letak jugak tapi tak perlu banyak. Kita taknak cair sangat bater kita tu.
Lepas tu celup la semua yang nak dicelup. Goreng la sampai sedikit keperangan. Bahan celup ada ikan, udang, sotong, crabstick, cendawan enoki.
Cicah dengan sos thai. Cie chop sedikit daun ketumbar. Habis licin kami makan. Kalau kat kedai ni banyak juga kos. Buat sendiri puas makan.









1 Ulasan
Sedapnya celup tepung
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.