6
as salam
salam sejahtera

Baru nih tetiba terajin nak buat roti pizza. Kebetulan bahan-bahan ada so belasah jela buat.

1. Roti Putih Gardenia. Brand nih ikut la nak guna brand apa. Tapi i suka gardenia sebab lembut compare dengan brand lain.
2. Sos tomato pulak i prefer guna jenama Life. Tak kesah brand asalkan sos tomato. Soso cili pun boleh tapi sebab i kureng sikit dengan sos cili nih so i letak sos tomato je.
3. Cendawan butang pun ikut korang la nak brand apa i guna ayam brand. Tin dah buang so letak dalam mangkuk jela.
4. Keju mozzarella yang dah berparut i beli. Senang tabur je tak payah nak parut lagi kan.
5. Sosej i guna brand ayamas. 
Support KFC beb. Sos pun KFC guna. Almaklumla bekas Assistant Restaurant Manager KFC zaman dolu2. Lagipun dah biasa dengan brand nih. Tak best nak guna brand lain.


Mula2 kita potong kecil2 sosej dengan button mushroom aka cendawan butang.


Ambil sekeping roti kemudian sapukan dengan sos tomato. Kang ada pulak yang ingat i sapu jem. huuhu.


Lepas dah sapu rata2 tuh susun jela sosej dengan button mushroom tuh atas roti yang dah disapu sos tadi. Susun tuh belasah je ye takde peraturan pun. Kalau malas susun tabur pun boleh.


Seterusnya tabur la mozzarella cheese tadi. 


Ulang proses di atas sehingga habis. Dapat untuk 8 keping roti. Susun dalam loyang. Loyang i muat 4 keping je so kena bakar 2x.



.......................Tadaaaaaaa....................
'
'
'
'
'
'
siap pun roti pizza i. cepat, senang, sedap. next time boleh buat lagi.


Selamat Mencuba ^_^

Post a Comment Blogger

  1. Macam best je. Nanti nak try ^^,

    ReplyDelete
  2. Sedap buat makan sambil tgk TV petang Ahad :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya boleh try nanti...

    ReplyDelete
  4. Try la u ols memang best n simple sangat. Senang je nak buat.

    ReplyDelete

 
Top