Biskut Almond London



BAHAN2
260 gm mentega / marjerin
120 gm gula kastor
1 camca teh emplex (rupa macam serbuk penaik kaler putih)
500 gm tepung gandum
2 biji merah telur
1 biji putih telur
biji badam untuk inti biskut
badam cincang untuk hiasan
coklat masakan untuk topping
paper cup kaler hitam
 
CARA MEMBUAT:
1. pukul mentega / marjerin bersama gula *jangan sampai kembang nanti jadi kek pulak
2. masukkan telur dan pukul seketika kemudian masukkan emplex dan tepung.
3. uli hingga menjadi doh. kemudian bentukkan bulat2.
4. letak badam sebagai inti.
5. letak dalam dulang pembakar. sedia untuk dibakar.
6. untuk celop coklat pulak masak coklat masakan guna kaedah 'double boiler'
*kalau nak tau cemane kekdah tuh senang je...ambik periuk kecik n bekas stainless steel yang bole muat atas periuk tuh kemudian letak air didalam periuk tuh, letak coklat masakan dalam bekas stainless tadi masak atas api*
7. bila biskut kite dah masak boleh la celop dalam coklat yang kite dah cairkan tadi.
8. boleh la hias dengan badam cincang. sejukkan supaya coklat tadi mengeras...

Share this article:

No comments:

Post a Comment