Sampai kat kenduri terus ke meja buffet. Tak snap la gambar segan la pulak. Snap gambar dalam pinggan sendiri jela. Tu pun sekali snap jela. Duk meja sekali orang lain ni malu-malu la sikit. Hahaha.
Antara menu yang ada. Nasi putih, nasi minyak, ayam masak sos, daging masak hitam, dalca sayur, acar timun campur, salad, sambal belacan, papadom, tembikai.
Air pulak ada 4 jenis laici, oren, sirap, anggur. Candy wall ada 2, dessert table, aiskrim. Kami tak ambil pun yang lain. Kenyang dah makan nasi. Adik Rania je sebelum balik ambil aiskrim.
Meriah betul kenduri katering. Ingatkan rewang kenduri di kampung. Sekarang kebanyakkan pakai katering dah.
Siap makan kami gerak terus la. Faiz jela borak sana sini jumpa kawan-kawan kerja dia. Cie ada juga terjumpa saudara Cie dan kawan kakak Cie. Borak sekejap jela. Matahari terpacak tapi tak panas. Rumah kampung banyak pokok.
Masa nak balik tu tuan rumah bagi goodies. Sampai rumah tengok ada sepeket bihun. Zaman sekarang macam-macam orang bagi goodies.






0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.