Makan Kenduri Di Kampung Berchang

Hari ni off kitchen dari breakfast sampai lunch. Lunch makan kenduri kawan kerja Faiz di Kampung Berchang. Dalam 20 minit dari rumah. Kami gerak pukul 12 lebih. 

Sampai kat kenduri terus ke meja buffet. Tak snap la gambar segan la pulak. Snap gambar dalam pinggan sendiri jela. Tu pun sekali snap jela. Duk meja sekali orang lain ni malu-malu la sikit. Hahaha. 


Antara menu yang ada. Nasi putih, nasi minyak, ayam masak sos, daging masak hitam, dalca sayur, acar timun campur, salad, sambal belacan, papadom, tembikai. 

Air pulak ada 4 jenis laici, oren, sirap, anggur. Candy wall ada 2, dessert table, aiskrim. Kami tak ambil pun yang lain. Kenyang dah makan nasi. Adik Rania je sebelum balik ambil aiskrim. 

Meriah betul kenduri katering. Ingatkan rewang kenduri di kampung. Sekarang kebanyakkan pakai katering dah. 





Siap makan kami gerak terus la. Faiz jela borak sana sini jumpa kawan-kawan kerja dia. Cie ada juga terjumpa saudara Cie dan kawan kakak Cie. Borak sekejap jela. Matahari terpacak tapi tak panas. Rumah kampung banyak pokok. 

Masa nak balik tu tuan rumah bagi goodies. Sampai rumah tengok ada sepeket bihun. Zaman sekarang macam-macam orang bagi goodies. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. matching pulak warna baju Cie dengan goody bag tu

    BalasPadam
  2. Betul. Dulu dapat bunga telur, sekarang ni banyak idea nak bagi goodies.

    BalasPadam
  3. Sekarang menu makanan majlis kahwinpun macam-macam. Ada pilihan kalau tidak mahu makan nasi.

    BalasPadam
  4. Tak pernah jumpa bihun brand tu....

    BalasPadam
  5. Saya sukaaa kalau lihat goodies dari acara2 kenduri di Malaysia. Krn kebanyakan makanan atau bahan makanan. Sementara di Indonesia kebanyakan barang yg bukan makanan. Rasa2nya lebih worth it kalau makanan Krn mostly pasti digunakan 👍.

    BalasPadam
  6. jarang sgt la org nk rewang skarang ni...katering lg senang

    BalasPadam
  7. Suka goodies bag kenduri sekarang sebab boleh makan terus atau buat masak kengdian. Tapi kena kan lauk ayam masak kenduri kahwin tak sama dengan lauk ayam masak merah yang dijual hari-hari kan

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, seronok ada jemputan kenduri, jadi tak payah masak di rumah. Hehe..

    BalasPadam
  9. goodies mcm ni bgs sbb ada kegunaannya berbanding tuada, keychain etc

    BalasPadam
  10. Akak dok.kampung pun sekarang kebanyakannya pakai katering.

    BalasPadam
  11. Nice jugak goodies bagi bihun camni. Biasa nampak org bagi beras, kicap, sos gitu je

    BalasPadam
  12. Sukanya saya kalau dapat makan kenduri😍

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.