Sampai kat kenduri terus ke meja buffet. Tak snap la gambar segan la pulak. Snap gambar dalam pinggan sendiri jela. Tu pun sekali snap jela. Duk meja sekali orang lain ni malu-malu la sikit. Hahaha.
Antara menu yang ada. Nasi putih, nasi minyak, ayam masak sos, daging masak hitam, dalca sayur, acar timun campur, salad, sambal belacan, papadom, tembikai.
Air pulak ada 4 jenis laici, oren, sirap, anggur. Candy wall ada 2, dessert table, aiskrim. Kami tak ambil pun yang lain. Kenyang dah makan nasi. Adik Rania je sebelum balik ambil aiskrim.
Meriah betul kenduri katering. Ingatkan rewang kenduri di kampung. Sekarang kebanyakkan pakai katering dah.
Siap makan kami gerak terus la. Faiz jela borak sana sini jumpa kawan-kawan kerja dia. Cie ada juga terjumpa saudara Cie dan kawan kakak Cie. Borak sekejap jela. Matahari terpacak tapi tak panas. Rumah kampung banyak pokok.
Masa nak balik tu tuan rumah bagi goodies. Sampai rumah tengok ada sepeket bihun. Zaman sekarang macam-macam orang bagi goodies.






15 Ulasan
matching pulak warna baju Cie dengan goody bag tu
BalasPadamBetul. Dulu dapat bunga telur, sekarang ni banyak idea nak bagi goodies.
BalasPadamSekarang menu makanan majlis kahwinpun macam-macam. Ada pilihan kalau tidak mahu makan nasi.
BalasPadamTak pernah jumpa bihun brand tu....
BalasPadamSaya sukaaa kalau lihat goodies dari acara2 kenduri di Malaysia. Krn kebanyakan makanan atau bahan makanan. Sementara di Indonesia kebanyakan barang yg bukan makanan. Rasa2nya lebih worth it kalau makanan Krn mostly pasti digunakan 👍.
BalasPadamComel je bihun tu
BalasPadamjarang sgt la org nk rewang skarang ni...katering lg senang
BalasPadamSuka goodies bag kenduri sekarang sebab boleh makan terus atau buat masak kengdian. Tapi kena kan lauk ayam masak kenduri kahwin tak sama dengan lauk ayam masak merah yang dijual hari-hari kan
BalasPadamAlhamdulillah, seronok ada jemputan kenduri, jadi tak payah masak di rumah. Hehe..
BalasPadamgoodies mcm ni bgs sbb ada kegunaannya berbanding tuada, keychain etc
BalasPadamkreatif tu goodies bihun :)
BalasPadamAkak dok.kampung pun sekarang kebanyakannya pakai katering.
BalasPadamNice jugak goodies bagi bihun camni. Biasa nampak org bagi beras, kicap, sos gitu je
BalasPadamWedding board tu cantik la =)
BalasPadamSukanya saya kalau dapat makan kenduri😍
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.