Friday, 18 July 2014

Resepi Siakap Stim Cendawan

As salam. Salam sejahtera.

Malam nih i ols nak share resepi iftar minggu lepas siakap stim cendawan. Hari nih baru sempat nak share. Mak lupa la nok. Almaklum la busy yang amat kan. Haha.

Straight to the point jela. Malas ahkak nak story mory banyak2. Jom tengok bahan2. Sangat mudah untuk disediakan.

Bahan2:
Ikan siakap
Bawang putih - mayang
Bawang besar - mayang
Halia - mayang
Carrot - potong julienne
Cendawan butang - potong nipis
Tomato - potong dadu
Sos tiram
Marjerin
Limau nipis - perah jus
*serai
*bunga kantan
*cili padi

Cara membuat:
1. Mula2 bersihkan ikan tuh dulu. Pastu masukkan dalam loyang.
2. Panaskan sedikit kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, carrot. Kacau hingga layu.
3. Masukkan cendawan butang. Kemudian sos tiram dan jus perahan limau nipis. Kacau seketika. Sedia untuk diangkat.
4. Tuangkan ke dalam loyang ikan tadi. Sapu rata pada ikan, dalam perut ikan. Kukus sehingga masak.

Bahan2 yang bertanda * nih i tak guna. Kalau guna lagi meriah kot. Nak lagi sedap u ols guna la. Ikan lain pun boleh buat stim camnih. Bawal hitam, patin, tenggiri dan banyak lagi kot.

^_^ selamat mencuba ^_^

No comments:

Post a Comment